widgetBukan blog mencari populariti terpulang individu sendiri menilai dengan kewarasan akal,Gerak hati luahan rasa aku disini.Terima Kasih singgah

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia VS Indonesia 26 Dec 2010 1st Final














Penghujung 2010 Semangat baru bagi bolasepak Malaysia 
penyokong yang cukup spoting....penuh stadium...Kedah Fan tetap bersama...

Monday, December 20, 2010

Still Got The Blues..Blues Untuk Aku

used to be so easy

to give my heart away

but i found out the hard way

was the price you have to pay

i found out that love

was no friend of mine

i should have known

time after time

so long, it was so long ago

but i've still got the blues for you



used to be so easy

to fall in love again

but i found out the hard way

it's a road that leads to pain

i found that love was more than just a game

to play and to win but you loose just the same

so long, it was so long ago

but i still got the blues for you

so many years since i've seen your face

here with my heart there's an empty space you used to be



so long, it was so long ago

but i still got the blues for you

though the days come and go

there is one thing i know

i've still got the blues for you



Wednesday, December 8, 2010

Selamat Tahun Baru..!!

Hijrah Ke Arah Yang Positif...Alhamdullilah InsyaAllah
...Amin

Thursday, November 25, 2010

Rehat Seketika untuk yang terbaru





24-Nov-2010@Rabu Jam 3.30 petang......Semalam punya cerita Alhamdullilah
selesai satu perkara yang selalu memberikan sedikit Tekanan.So dlm 5 hari ni sblum 1 december sempat aku berehat dalam 2@3 hari seblum mmulakan tugasan baru ..

Sunday, November 21, 2010

Saat bermulanya sebuah kehidupan



Pasti sudah atau bakal dan yang masih belum akan melalui detik dan saat ini..dan kita semua melalui proses yang sama.Bagi para bakal ibu ini adalah kurniaan yang teristimewa.para bapa fahamilah...!!!!

Tuesday, November 16, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Maksud Nama-Nama untuk Bayi Perempuan.

Senarai nama-nama bayi perempuan Islam bersama maksudnya.

Alya Adriana - Ketinggian, nisbah Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah - Ketinggian/bijak bercakap Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Firuz - Yang indah Nama yang mudah terkenal suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun. Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

 Dalili Fahimah - Pemimpin/yang bijak Ibu bapa memang mengharapkan  anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Dhia Syarafana - Cahaya/kemuliaan Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Diyanah agama - Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.

 Iffah Huriyyah - Suci terpelihara/bidadari Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.

Irdina Ilmuna - Kehormatan kami/pengetahuan kami Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Izzah Insyirah -  Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.

Izz Zayani - Kekuatan/yang cantik Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.

Iffah  - Tahu harga diri Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifat yang baik ini. Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat awam.

Lina Nadhirah-  Kelembutan/yang berseri Semoga anak menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga bahagia.

Liya Zafirah  - Yang beroleh kemenangan Liya adalah nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapanya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat keberkatan ibu bapa.

Laila Nahwah -Keseronokan, kekasih / berakal Gabungan nama yang sangat serasi untuk dipilih kepada ibu bapa yang sangat penyayang. Anak adalah tanda kasih sayang yang terjalin antara suami dan isteri. Selalunya gabungan ibu bapa yang romantis mampu melahirkan anak yang sangat pintar. Cubalah memilih nama ini, insya-Allah anak yang dilahirkan menjadi manusia yang tahu menggunakan akalnya ke arah perkara-perkara kebaikan.

Nawal Atiyah -Memperolehi sesuatu/pemberian Anak merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapa.

Nawal Najah Hadiah/kejayaan Kegembiraan ibu bapa bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.

Wafa Thahirah Kesetiaan/yang suci Anak ini akan menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah. Ia juga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.

Wani Hazirah Mutiara/pilihan yang terbaik Seorang anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.

Watin Wardah Yang sempurna/sekuntum bunga mawar Anak yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak perempuan kepada ibu bapa. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu bapa masa kini.

Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna Lahirnya anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.

Wafiy Munirah Setia/yang cantik Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya.

terima kasih dari maklumat bersama....

Antara nama-nama indah Islam untuk Anak

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan maklumat yang aku
dapatkan dari . name.crazyartzone.com 
A-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana
dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
 dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika
meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B-Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
 membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
 Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya
amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya,
 sangat mudah tersinggung.
C-Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular
 di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam
bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D-Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
berdisiplin dan kuat bekerja.
 Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
 Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E-Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam
diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
hati orang lain terluka.
F-Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.
 Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat
berhati-hati bila berbelanja.
G-Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi.
 Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya
suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H-Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
 Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
 Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
 suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I-Suka memendam perasaan dan permasalahan.
Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.
Suka menangis.
J-Ramah dan murah senyuman.
 Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
 Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K-Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
 Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L-Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
 Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
M-Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
 Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
 Kelemahannya, boros dan keras kepala.

NorhisyamNordinNuffnang Ads
N-Baik hati dan rapi dalam berpakaian.
 Mereka suka menghulurkan tangan menolong
 orang lain tanpa memikirkan balasan.
 Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
O-Serba boleh. Suka memendam perasaan
dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
 Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P-Pandai berjenaka dan selalu ceria.
 Punya banyak idea dan sangat kretif.
 Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.
 Agak pendendam dan boros.
Q-Setia dan mudah memaafkan orang lain.
 Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala,
 sukar diatur dan mudah emosi.
R-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh
dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S-Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
 Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
 Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T-Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U-Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain.
 Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata
jika berbicara didepan orang ramai.
V-Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya
dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W-Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan.
 Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala
dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan
dengan kesabaran dan kelembutan.
X-Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik
dengan mereka yang menyinggungnya.
Y-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka
adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z-Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Sunday, October 24, 2010

NorhisyamNordin-Get ready untuk kelahiran pertama

GET READY-Perasaan risau dan resah
   Pada 21-oktober-2010 Khamis yang lepas Jam 10.30 pagi temujanji dengan doktor .ke klinik sakit puan di Sentul  bersama isteri untuk check up bulanan.Perggh this part mulanya memang letih nak tunggu turn...ramai yang kebetulan dateline hari yang sama.
   Kandungan sudah menjangkau hampir 5 bulan ....   Menjadi perkara utama bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya , terutama bagi isteri  yang akan melahirkan bayi yang pertama. begitulah juga aku dan isteriku .
Ramai di antara isteri (ibu )juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan dari keluarga amatlah penting pada ketika ini serta serba sedikit pengetahuan. Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, Aku dan isteri dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan isteri ketika di hospital. Barang-barang untuk diri isteriku (baju, kain, tuala, berus gigi) ...ops! jangan lupa bekas air kopi aku..! aku ni Coffee Drunker .manalah tahu nak berjaga nanti.. dan juga untuk bayi yang akan lahir perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran . Nasib baik segala info sudah aku siap siaga  seperti dalam penulisan aku sebelum ini Menyambut kelahiran cahayamata  .
  Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Aku dan isteri  perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa "Panik"kalau tak mengelabah beruk jadinya....:) beranak dalam kereta pulak nanti...nak ke aku jadi bidan sendiri...???rasa nak! satu pengalaman yang sukar didapati..tetapi kalau bolah janganlah..!
  Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan.kata doktor Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction". apa ke bendanya bunyi ni??????aku minta doktor jelaskan semula..
Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:
1. Tanda atau Show: Keadaan ini berlaku apabila terdapat lendir (mukus) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran lendir yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan lendir ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.
......degupdegapdegupdegap...dagdigdug....fffuuuhhhhhhhhhhhhh...aku yang dengar jantung aku pulak yang berdegup kencang....tarik nafas panjang...! kesian bini aku.
yang ke 2 kata doktor..
2. Pecah air ketuban - Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.
ok....fokus...fokus pada penjelasan...Pasti aku ingin berada di sebelah pada setiap saat ketika tibanya waktu isteri ku melalui detik itu.
3. Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat.Emmmmm...sukar aku nak bayangkan..! 
  Aku dan isteri perlu membuat persediaan -GET READY untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila isreri kita  cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.
tak panik...??? tak dapat nak merasakan hanya kaum isteri saja yang bakal melaluinya..dah tentu aku pulak yang panik....!!!
Semua dalam minda aku dah bermain2.....tarik nafas istifar dulu....emmmmm bukan senang pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat.. dan bergelar seorang ibu.
  Apabila puan(isteri) mengalami tanda-tanda di atas,  dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum isteri ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.
Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).
  Maklumat cukup bermakna buat aku yang akan bakal menjadi ayah dan satu ilmu pengetahuan baru ku perolehi..bagi aku ini kali pertama untuk menghadapi  perkara dan pengalaman baru yang belum ku tempuhi jadi harus bersedia dari semua segi....
Aku berdoa semoga apa yang mendatang adalah segala kebaikan..Amin

Saturday, October 23, 2010

NorhisyamNordin-ISTERI dalam erti

ISTERI erti serta peranan

Sewaktu Allah menetapkan bahawa ada hak isteri, maka ada pula kewajiban isteri, supaya ini seimbang. Dulu di seluruh masyarakat dunia, wanita dianggap tidak punya hak, yang ada hanya kewajiban. Di India, kalau suaminya meninggal, maka isterinya ikut menceburkan diri ke dalam api yang membakar jenazah suaminya. Yang tidak mahu dibakar, maka isteri harus memperburuk dirinya. Ini seakan-akan wanita/isteri tidak punya hak. Di Eropah, isteri yang sebelum kahwin punya harta, maka setelah kahwin, hartanya menjadi milik suaminya. Jangankan harta, namanya pun diubah. Sebelum kawin, si A adalah puteri ayahnya. Kita pun sekarang mulai ikut-ikutan.
Sedang di dalam Islam, tidak seperti itu, sebagai contoh, Aisyah adalah isteri dan Nabi Muhammad adalah suaminya, lantas nama Aisyah tidak berubah, tidak dikatakan “Aisyah Muhammad”, walaupun Nabi Muhammad lebih hebat dari Abu Bakar, ayahnya Aisyah. Aisyah tetap memiliki nama, Aisyah binti Abu Bakar. Ini gambaran bahwa perempuan mempunyai hak.
Allah berfirman : “Perempuan-perempuan/isteri-isteri itu memiliki hak yang seimbang sesuai dengan kewajiban yang diletakkan padanya”.
Kerana itu wanita perlu tahu tentang haknya, kalau tidak, haknya akan diambil orang.
Sebelum lebih terperinci tentang hak-hak dan kewajiban wanita, perlu diketahui bahawa nabi pernah bersabda sebagai berikut : “Hai para laki/suami, yang terbaik diantara kamu adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isteri”. Kalau sebelumnya pernah dikatakan bahawa laki-laki adalah qawwam bagi perempuan terkesan bahawa laki-laki mempunyai hak lebih tinggi dari wanita. Apalagi ada penegasan di ayat yang lain bahawa laki-laki mempunyai darjat lebih tinggi. Tapi darjat yang tinggi itu bukan untuk mengundang suami bersikap sewenang-wenang. Maknanya bukan sekadar untuk tidak mengganggu isterinya, tetapi darjat yang lebih tinggi itu bermakna mentoleransi kesalahan-kesalahan dan kekurangan isterinya.
Setelah Allah menjelaskan tentang Arrijalu qawwamuna ‘alan nisaa (Laki-laki adalah penanggung jawab, pembimbing atas wanita) QS. Annisa :34, kemudian Allah berfirman selanjutnya masih pada ayat dan surah yang sama :
“Ashsholihatu qonitatun haafidzhotun”. “Wanita-wanita yang baik itu taat/patuh dan pemelihara”.
Bagaimana arti kata taat ? apakah kalau disuruh untuk tidak boleh solat, atau disuruh buka aurat lantas boleh dituruti/ditaati ? tidak boleh. Berarti ketaatan yang dimaksud adalah bukan ketaatan yang mutlak. Jangan pahami firman Allah, taatnya itu merupakan taat mutlak, sampai-sampai mengorbankan hak-haknya wanita.

Di masyarakat, ada RIWAYAT BOHONG mengenai bagaimana ketaatan isteri kepada suami, ceritanya sebagai berikut : ada seorang isteri yang dipesan oleh suaminya agar jangan keluar rumah sampai dia kembali. Setelah suami pergi beberapa lama, lalu si isteri dapat berita bahawa ayahnya (sang isteri) menderita sakit parah. Lantas si isteri ini sebenarnya ingin menjenguk ayahnya tapi lantaran ingat pesan suami untuk tidak keluar rumah, maka isteri tetap tinggal di rumah. Sampai ayahnya menjelang ajal pun, isteri ini pun tetap di rumah, tidak pergi ke rumah ayahnya. Dan sampai ayahnya meninggal pun dan hendak dikuburkan, isteripun tetap di rumah walaupun dia sangat ingin ke sana. Kataanya demi taat pada suami.
Berita dan riwayat itu TIDAK BENAR, dari mana datangnya ? Ketaatan itu ada tempatnya. Cerita seperti itu dinamakan suami mengurung isterinya, dan isteri seperti itu tidak mengerti tentang ketaatan, karena tidak mengerti akan hak-hak yang diberikan Allah kepadanya.
Karena itu, dari segi moral, isteri kalau akan keluar rumah beritahu suaminya, bagaimana kalau suami mahu keluar rumah ? Mestinya beritahu juga isterinya. Kerana  harus ada keseimbangan.
Izin itu ada dua macam :
1-Izin Umum.
Sebagai contoh : suami berkata kepada isteri, “pokoknya kalau ada pengajian, kamu pergi saja, tidak perlu memberitahu pada saya”.
2-Izin Khusus.Sebagai contoh : Suami/isteri harus mempertimbangkan apa yang disenangi atau dibenci pasangannya. Kerana itu Nabi bersabda, tidak boleh seorang isteri memasukkan orang lain ke dalam rumahnya sedangkan orang tersebut tidak disenangi oleh suaminya. Tapi kalau sepupu isteri, saudara isteri yang secara umum suami tidak berkeberatan, tidak dilarang untuk diajak masuk ke dalam rumah.

Lanjutan firman Allah, “…Wanita-wanita itu harus pula menjadi pemelihara-pemelihara”. Yang dimaksud pemelihara adalah pelihara dirinya, pelihara kehormatannya, pelihara harta suaminya, pelihara juga cintanya kepada suaminya. Jangan sampai melakukan sesuatu yang membuat suaminya cemburu. Kenapa isteri harus berbuat seperti itu ? Ayat ini selanjutnya menjelaskan, “… disebabkan karena Allah juga menjaga dia (isteri) sewaktu suami pergi”. Kalau suami yang baik, dia ingat kepada isteri dan anaknya. Itu selalu ada dalam jiwa suaminya. Karena itu, isteri harus juga begitu. Isterinya harus memelihara cintanya karena Allah sudah memberikan dan sudah memelihara isteri dalam jiwa suaminya yang sedang dalam bepergian.
Banyak sekali tuntunan Quran dan Nabi yang menunjukkan pemeliharaan Allah kepada perempuan. Sebagai contoh, kalau suami memberikan mas kawin, bolehkah suami mengambil kembali mas kawin tersebut ? Tidak boleh, karena Allah telah melarang. Itulah salah satu bentuk pemeliharaan Allah kepada perempuan.
Kembali ke awal, isteri menurut Al Quran wajib taat, tapi ketaatan itu bagaimana ?
Ketaatan itu bukan ketaatan yang mutlak, kerana  itu suami isteri diperintahkan untuk bermusyawarah. Diskusilah. Bolehkah isteri marah pada suaminya ? Sangat manusiawi kalau isteri marah. Suami isteri boleh beza pendapat, hanya harus pandai-pandai dalam menyampaikan. Pernahkah isteri nabi marah pada nabi ? Pernah.
Nah, dalam hadits Bukhari, (haditsnya yang dikenal sangat akurat dan shahih). Sayyidina Umar bin Khattab bercerita seperti ini :
“Kami sewaktu sampai di Madinah, isteri-isteri kami ini tabiatnya sudah berbeza, sudah lebih berani pada suami. Padahal di Mekkah, mereka para isteri menjadi penurut saja. Rupanya mereka itu terpengaruh dengan isteri orang-orang Madinah. Jadi sewaktu Umar berbicara pada isterinya, isterinya berbicara dengan suara keras. “Eh suara kamu keras kepada saya, tidak boleh begitu”, dijawab isterinya “Siapa bilang tidak boleh begitu ? Buktinya isteri-isteri nabi pun begitu”. Sayyidina Umar tertegun dan pergi bukan kepada Nabi, tapi ke anak beliau yang menjadi isteri Nabi, namanya Hafsah binti Umar. Ditanya oleh Umar, “Hai, bagaimana sikap kamu kepada Nabi ? Pernahkah kalian bersuara keras kepada Nabi”. Dijawab Hafsah, “Selaku suami (bukan selaku sebagai Nabi) saya boleh bersuara keras. Pernah satu malam kita tidak bicara dengan nabi”. “Oo begitu”, kata Umar. (tapi hanya satu malam. he2).
Nabi pernah berkata kepada Aisyah, “Saya tahu kalau kamu sedang marah dan kalau kamu sedang senang”. “Bagaimana kamu boleh tahu wahai nabi ?”.“Kalau kamu bersumpah dengan kata-kata, demi Tuhannya Muhammad, bererti kamu sedang senang kepadaku, tapi kalau kamu bersumpah dengan kata-kata, demi Tuhannya Ibrahim, bererti kamu sedang marah dengan saya”. Kata Aisyah, “Memang wahai Rasulullah, saya saling cinta kepadamu, paling yang boleh saya tinggalkan hanya namamu”.
Dari sini, boleh terlihat, bahawa ketaatan itu bukan ketaatan mutlak, isteri boleh berdiskusi kepada suami, bahkan boleh bersitegang, tapi tidak berkelanjutan. Dan pada akhirnya semua kita harus taat pada pimpinan walaupun anda tidak senang. Itulah yang dimaksud, “Wanita-wanita yang baik itu adalah yang taat (qonitat) dan yang pemelihara (hafidzhot)”.
Seorang suami bertanya kepada Nabi, “Wahai Nabi, apa haknya seorang isteri ?”. Nabi menjawab, “Kalau kamu makan, kamu beri juga makan isterimu”. Jangan kamu pergi makan enak, sedang isterimu diberi makan yang tidak enak. “Kalau kamu berpakaian, kamu beri juga pakaian buat isterimu.” Jangan kamu pakai pakaian yang indah-indah, sedang isterimu sederhana saja, kalau bisa justru pakaian isteri lebih indah dari suami karena memang suaminya baik. Itu disebabkan tabiat seorang wanita ingin selalu tampil berbeda setiap saat. Untuk itu ingatlah, hai para suami, bahwa yang terbaik dari kamu adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isterinya.
Lanjut Nabi, “Jangan sekali-kali kamu mengeluarkan kata-kata yang memperburuk dia, jangan memaki dia, jangan sekali-kali tinggalkan dia jika sedang marah, kamu harus tetap di dalam rumah bahkan tetap di dalam kamar.” Itu haknya perempuan. “Kamu juga tidak boleh pukul muka wanita”, lanjut Nabi.
Banyak orang salah dalam memahami arti menyangkut ayat Al Quran tentang yang dimaksud dengan memukul. Mereka menyangka bahwa boleh memukul isteri dengan merujuk pada lanjutan ayat : “Wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatirkan membangkang, sehingga menempatkan dirinya di atas (nusyuz), wahai suami, nasihati dia, kalau tidak boleh, maka pukullah dia (wadhdhribuhunna)”. Orang lantas memahami “Dharab” (kata dasar dari idhribuhunna) dianggap berarti “memukul”. Padahal dalam istilah bahasa Arab, kata “dharab” itu tidak harus berarti memukul dengan keras. Orang berjalan di jalan, dinamai “memukul tanah”. Orang mendendangkan lagu di telinga anak dinamai “dharaba” seperti hadits nabi, “wadharabnaa ‘alaa adzanihim”. Orang yang meniup terompet dinamai dharaba juga. Jadi tidak dibenarkan dan sangat buruk, suami memukul isterinya apalagi memukul wajahnya. Kalau mau pukul isteri, ambil saja semacam lidi atau apa yang lebih halus, (pulpen bisa, sambil memukul halus dan pelan seperti diketukkan pada tangan atau badan isteri, red) sambil misalkan berkata dengan halus “dasar kamu”. Pukulan yang tidak menyakitkan. Cukup untuk menunjukkan rasa tidak senang.
Kalau itupun sudah tidak mempan, lanjut firman Allah “tinggalkan dia di pembaringan (jangan tinggalkan dia di rumah, kamu harus masih tetap di kamar, tapi tidak bercumbu atau bermesraan)”. Itulah haknya perempuan.
Pertanyaan :
1. Suami menyuruh kita untuk memakai jilbab, sedangkan kami belum siap, apakah itu melanggar haknya suami ?
Ini persoalan tentang jilbab, suatu saat nanti kita bahas tentang jilbab. Kalau suami beranggapan bahwa jilbab itu wajib dan isterinya juga beranggapan demikian, maka ketika suami menyuruh, isteri tidak mau, itu berarti isteri menanggung dua dosa. Dosa pertama kepada Tuhan dan dosa kepada suami.
Karena kewajiban kepada suami itu bukan hanya berkaitan dengan ketetapan yang diwajibkan agama saja tapi juga ada perintah suami yang demi kemaslahatan bersama.
Kita lihat, ada tidak perintah taat kepada lampu lalu lintas di dalam Al Quran maupun Hadits ? Tidak ada. Wajib tidakkah taat kepada lampu lalu lintas ? Wajib, karena untuk kemaslahatan bersama. Dengan demikian ada perintah suami yang demi kemaslahatan.

Kalau ada suami beranggapan bahwa jilbab tidak wajib, isterinyapun beranggapan seperti demikian maka sebenarnya tidak ada masalah. Tapi jika suami beranggapan bahwa jilbab itu wajib namun isteri beranggapan tidak wajib, maka isteri melanggar hanya satu, yaitu haknya suami.
Kesimpulan :
Bahwa kehidupan suami isteri itu harus didasari kesadaran bahwa mereka itu adalah sepasang. Keberpasangan ini menunjukkan bahwa mereka saling membutuhkan. Tidak bisa terjadi kehidupan rumah tangga, jika suami isteri kalau hanya satu, seorang. Tetapi masing-masing baik suami ataupun isteri memiliki kekurangan-kekurangan dan hendaknya ditutupi oleh kedua belah pihak. Kemudian setiap organisasi termasuk organisasi keluarga perlu ada pimpinan. Pimpinan ini diletakkan Tuhan pada suami, dan dia wajib ditaati selama apa yang diperintahkan itu tidak melanggar agama dan apa yang diperintahkannya itupun tidak mencabut hak-hak seorang isteri, atau tidak mencabut hak-hak pribadi isteri yang diberikan Allah. Dan kerana itu, agama memerintahkan untuk selalu bermusyawarah antara suami isteri.


Arief Hikmahsumber maklumat bersama

Friday, October 22, 2010

Antara Sifat Keji Suami & Isteri menjadi punca masalah rumahtangga

Antara Sifat Keji Suami & Isteri
Sumber dari  Ketua penolong Pengarah kanan Bahagian Perundingan Syariah Wilayah Persekutuan Jawi, sifat buruk suami @ isteri yang dilaporkan kepada unit itu dikenal pasti sebagai punca keretakan rumah tangga ialah:
1-curang
2-tidak pulang ke rumah
3-mengabaikan tanggungjawab
4-berkawan dengan lelaki @ perempuan lain
5-keluar rumah tanpa izin suami
6-tidak jujur pada pasangan masing masing
7-menipu
8-cemburu tidak bertempat
9-mementingkan diri sendiri
10-tidak hormat mertua
11-keras kepala atau degil
12-ingkar
13-tidak puas seks
14-dingin seks
15-menduakan suami @ isteri
16-abai perintah agama
17-sering menuntut cerai
18-tidak hormat akan suami @ isteri
19-enggan terima nasihat

20-suka berbelanja di luar kemampuan
21-suka bergaduh
22-tidak senang mengaku salah terhadap kesilapan diri-sendiri
23-suka merosak barang rumah apabila bergaduh
24-merendahkan suami @ isteri
25-gemar berbohong
26-selekeh
27-isteri yang hisap rokok
28-suka pukul anak atau suka pukul suami @ isteri
29-selalu merajuk
30-gemar berleter dan memburukkan suami @ isteri di hadapan jiran, mertua  atau pada sesiapa sahaja

Monday, September 20, 2010

Pertama Kali beraya bersama isteriku

 Salam lebaran...kepada semua umat Islam Selamat menyambut hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin,Syawal 2010 adalah tahun pertama aku meyambut hari raya bersama keluarga baru,Tahun pertama bergelar Suami dan pertama kali menyambutnya aku ber raya di rumah isteri ku.
Pada tengahari  hari raya ke 2 aku bersama isteri,ibu mertua dan abang iparku bertolak balik ke kampung ku Sungai Petani Kedah.Jam lebuhraya...Alhamdulillah sampai dengan selamat di SP lebih kurang 6.30 petang...

Hari raya ke 3 sempat jugak bawa isteri serta ibu dan abang iparku ke Alor Star rumah abang ipar ku.
Ini antara memori yang dapat aku kumpulkan ada diantara foto keluarga yang tidak dapat bersama Harap Maaf.Selamat Hari Raya Aidilfitri

Friday, July 23, 2010

PENGORBANAN SUAMI UNTUK ISTERI YANG SEDANG MENGANDUNG

Oleh: Mejar (B) Ramli Abdul Rahim
Apayang diimpikan dalam perkahwinan oleh pasangan suami isteri adalah zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan ia adalah lambang kasihsayang yang merupakan sebahagian daripada fitrah kehidupan untukkesenimbungan hidup berkeluarga.
Perasaan seorang suami terutamanya yang baru berkahwin akan berbaur antara gembira dan cemas apabila isteri memberitahu hasil daripada perkahwinan mereka telah membayangkan mereka akan dikurniakan anak.
Bagi suami yangmengharungi pengalaman pertama isterinya mengandung kena memahami petanda bahawa isterinya akan melalui perubahan fizikal dan emosional daripada biasa dan yang paling mudah petandanya isteri mula muntah-muntah dan kadang-kadang pada peringkat awal banyak ingin berehat.
Belaian suami adalah penting untuk isteri yang sedang mengandung dan bagi pasangan suami isteri yang pertama kali akan mendapat cahaya mata, persiapan bukan sahaja setakat yang berbentuk luaran yang berbentuk fizikal tetapi ia memerlukan komitmen ruhiyyah.
Semasa isteri mengandung banyak yang akan dilalui oleh pasangan suami isteri,kadang-kadang isteri jadi begitu sensitif maka suami kena bersabar kerana kadang-kadang ada isteri yang menunjukkan karenah yangbukan-bukan.Secara manifestasi luaran sebagai seorang suami perlulah menunjukkan rasa kasih sayangnya terhadap isteri agar berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, sebagai contohnya dengan mengusap lembut kepalanya .Seorang suami atau ayah harus menunjukkan rasa bahagia terhadap janin di dalam kandungan isterinya dengan membelainya sebagai tanda sokongan mental yang menyenangkan hati bakal zuriat yang bakal dilahirkan.
Pada saat-saat kehamilan itulah isteri perlukan belaian kasih sayang dan keprihatianan suami dan janganlah biarkan isteri bersendirian maka dampingilah isteri sekerap mungkin umpamanya ketika isteri menjalani pemeriksaan doktor.
Jika keadaan membenarkan eloklah suami sendiri bersama isteri berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan kesihatan isteri dan mungkin ada perbincangan yang perlu dilakukan oleh doktor dengan kehadiran suami.
Bagi pasangan suami isteri yang tinggal sebumbung dengan ibu mertua terutamanya ibu kepada suami, para suami perlulah memahami perasaan isteri yang mungkin mudah terasa kerada kehadirannya maka suami kenabersikap sabar dan mengambil sikap keterbukaan.
Sewajarnya seorang ibu mertua kena memahami keadaan anak dan menantu yang sedang mengalami saat-saat yang mencabar untuk mendapat zuriat maka bahtera rumah tangga anak itu sepatutnya dikemudikan oleh seorang anak yang bergelar suami.
Hiburkan hati isteri untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin dengan mengalih perhatian seperti mengajaknya berbelanja keperluan bayi dan pujilah bahawa isteri itu tetap cantik di mata suami.
Apabila disorot daripada sudut agama bayak perkara yang perlu dilakukan oleh seorang suami untuk mendapat keberkatan dan rahmat Ilahi ketika isteri sedang mengandung iaitu dengan banyak berdoa dan bertaubat kepada Allahs.w.t. untuk mengharapkan zuriat yang solih.
Suami hendaklah selalu membaca Al-Quran bersebelahan dengan isteri dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baikyang terkandung dalam Al-Quran tersebut.
Suami hendaklah banyak berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan mengerjakan solat berjemaah dengan isteri jika sihat ataupun di masjid sebagai tanda ububdiyaah terhadapAllah s.w.t.
Jika isteri merasa selesa bawalah isteri ke majlis ilmu atau menziarahi orang solih dan hendaklah bersikap sabar dalam menjalani hubungan suami isteri dan menjauhi daripada marah dan bersikap benci terhadap isteri.Suami perlu banyak berdoa untuk keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak yang didalam kandungan dan banyakkan bersedekah dan menyantuni jiran-jiran dan teman-teman.
Cinta yang telah terjalin apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri perlulah terus dipupuk sebagai teman hidup yang paling dekat dan hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur dan jangan sesekali dengan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
Sebagai suami yang soleh dia akan bersifat empatik untuk turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung dan suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.
Suami hendaklah memberi nasihat dan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat agar isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.
Saat isteri akan melahirkan anak sewajarnya suami ada di sisi dan perkara ini adalah amalan biasa di Barat ,
OK suami berada katil isteri tetapi di Malaysia hanya ada beberapa klinik persendirian yang membolehkan suami untuk bersama di samping isteri ketika melahirkan anak.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita dan dari segi fizikal, dia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat serta jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa dan buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3jam setiap malam dan suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan,semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat.
Mungkin ada isteri mengambil kesempatan "over" manja dan suami yang teramat sayang pada isteri akan membuat semua kerja rumah, isteri diberi cuti,semua kerja dibuat suami termasuklah memasak, membasuh baju dan mencuci pinggan mangkuk.
Isteri menjadi terlalu manja kerana sayangkan suami justeru dia tidak ada tempat lain untuk mengadu kasih.

Sunday, July 18, 2010

Kehadirannya

Maka sesungguhnya aku (Allah) telah menciptakan kamu dari debu (tanah),
 Kemudian dari sperma (nuthfah)
kemudian dari gumpalan darah (morola 'Alaqoh)
 lantas dari embirio (mudhghah) yang sempurna kejadiannya
dan yang tidak sempurna,agar aku menjelaskan bagi kamu
dan aku tempatkan makhluk baru itu dalam rahim dengan sekehendak-ku hingga batas waktu yang telah di tentukan (dalam lauh mahfudz)Kemudian aku keluarkan kamu dalam keadaan bayi.

Saturday, July 17, 2010

Permata (Untuk Isteri Ku)

Artist: Kopratasa


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Thursday, July 15, 2010

banyak kerja

July bulan yang cukup memenatkan buat aku,
kerja yang banyak hingga lewat malam tiada cuti sehingga akhir bulan,sehingga aku jugak tiada masa untuk menziarahi saudara mara serta berjumpa sahabat untuk minum kopi bersama....


www.visionkl.com
The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) will be bringing together two outstanding artists, Michael Veerapen and Joanna Bessey, 

Monday, July 12, 2010

NorhisyamNordin-Kekal Sekata Dalam Bersama: AMALAN KETIKA MENGANDUNG

NorhisyamNordin-Kekal Sekata Dalam Bersama: AMALAN KETIKA MENGANDUNG

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

12-July-2010 5.10pm
maklumat tentang amalan yang baik perlu di praktikkan  ketika mengandung


Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

Doanya :




"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.
Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.
Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Saturday, July 3, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berbadan Dua

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Jika anda fikir topik ini berfaedah kepada anda, ada baiknya anda kongsikan maklumat ini bersama rakan anda yang lain. Sila klik di sini untuk me-war-warkannya. mengandung.com
SitiSyam..

Menyambut cahayamata

Menyambut kelahiran cahayamata

pelbagai persediaan perlu dibuat. Biasanya bakal ibu dan bapa lebih menumpukan kepada persediaan barangan keperluan bayi manakala persediaan ibu dan bapa sering diabaikan. Dan kadang-kala hanya selepas bersalin baru membeli barang si ibu. Namun sebenarnya yang paling penting ialah persediaan fizikal, mental serta keperluan ibu itu sendiri selain keperluan bayi . Kehadiran cahayamata amat dinanti tetapi jika tidak bersedia tentu menjadi pengalaman yang sukar bagi kita.

Tentu kita tertanya apakah yang diperlukan?

Persediaan menyambut cahayamata

1. Beli barangan keperluan ibu dan bayi

Barangan boleh mula dibeli ketika mengandung 6 bulan ke atas dan sebaiknya sebelum 9 bulan. Kelahiran biasanya boleh terjadi 2 minggu awal dari tarikh jangkaan.

Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli agar tidak tertinggal

(
sila dapatkan disini).

2. Persediaan mental dan fizikal

Banyak bertanya dengan doktor, ibu bapa atau beli buku panduan.

Hadiri kelas ante-natal yang disediakan oleh sesetengah hospital. 3. Senarai nama hospital untuk bersalin

(
sila dapatkan di sini)

Pastikan anda telah mula membuat pemeriksaan pada bulan ke 8 di hospital pilihan anda. Biasanya pihak hospital swasta menetapkan syarat 2 atau 3 pemeriksaan terakhir mesti dibuat di hospital berkenaan.

Bagi hospital kerajaan pemeriksaan perlu dibuat dari bulan ke 4.

4. Beg ke hospital

Sediakan beg ke hospital (boleh juga letakkan di dalam kereta) bermula bulan ke 8 mengandung atau lebih awal.

5. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda mempunyai tempat tinggal/penjaga untuk menjaga anak anda ketika ke hospital.

kita mungkin bersalin pada waktu malam dan pasti anda tidak mahu bawa anak bersama kita.

6. Simpan duit dari awal jika anda ingin bersalin di hospital swasta(bagi mereka yang tiada tanggungan dari pihak majikan) atau untuk kecemasan.

7. Cari orang untuk menjaga anda ketika pantang samada ibu atau pembantu.

8. Bagi Ibu bekerja perlu dapatkan tempat penjagaan bayi kita Memahami kehendak sebagai ibu bapa baru,











Ramai lupa tanggungjawab

Ramai lupa tanggungjawab

KUALA LUMPUR: Semakin ramai isteri lupa tanggungjawab mereka kerana sibuk mengejar kesenangan, terjebak dengan pergaulan bebas dan persekitaran sosial terbuka, sehingga terlanjur menceritakan aib suami kepada khalayak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang (gambar) berkata, demi mendapatkan kedudukan ekonomi yang baik dan kukuh, isteri hari ini terpaksa berkerja untuk mendapatkan wang mencukupi bagi membeli barang dikehendaki.

Menurutnya, isteri ketika ini tidak lagi bergantung kepada wang daripada saku suami, malah kadangkala suami tidak mampu memberikan kemewahan dimahukan isteri.

“Namun, apabila isteri bekerja, berlaku pergaulan dengan rakan sekerja dan ada ketika pergaulan ini melampaui batas sehingga menyebabkan berlaku perbuatan nusyuz (ingkar) isteri terhadap suami,” katanya.

Dunia

Kekal Bahagia Bersama Sekata

July09, 2010 By NorhisyamNordin In petua suami isteri



1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminyaberada di rumah bersama-samanya

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkanjemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembalikenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkananak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satudan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali(rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabitdengan jualan langsung

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu,tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkanseperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhatimuda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka



Ini Aku

Cinta Dalam Islam

PerCintaan dalam Islam

"Sungguh aku (Rasulullah) benar-benar mengetahui beberapa umatku, datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar perbuktian (yang nampak putih) lalu Allah menjadikannya berhamburan/berkecai sia-sia. Tsauban bertanya : Ya, Rasulullah jelaskan kepada kami sifat-sifat mereka, kerana kami khuatir termasuk seperti mereka sedang kami tiada menyedarinya. Jawab Rasulullah: Mereka adalah saudaramu yang melakukan ibadah di malam hari, tapi apabila mereka bersunyi-sunyi dengan yang diharamkan oleh Allah, mereka mengganggu kehormatannya" [Al-Hadith]

Antara golonggan Isteri Yang Dianggap menderhaka Kepada Suami

Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu sampai Subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Membantah suruhan atau perintah suami.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat Allah dan malaikat serta semua manusia.”
Bermuka masam terhadap suami.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja perempuan yang bermuka masam di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah sampai ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya.”

Jahat lidah atau mulut pada suami.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam Neraka (diantaranya) ialah wanita yang kotor atau jahat lidahnya terhadap suaminya.”

Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
Keluar rumah tanpa izin suaminya.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa saja perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah sampai dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya.” (Riwayat Al Khatib)


Berhias ketika suaminya tidak disampingnya.
Maksud firman Allah: “Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya.”
(An Nur 31)
Menghina pengorbanan suaminya.
Maksud Hadis Rasulullah SAW: “Allah tidak akan memandang (benci) siapa saja perempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya sedangkan dia masih memerlukan suaminya.”

Mengizinkan masuk orang yang tidak diizinkan suaminya ke rumah.
maksud Hadis: “Jangan izinkan masuk ke rumahnya melainkan yang diizinkan suaminya.” (Riwayat Tarmizi)
Tidak mahu menerima petunjuk suaminya.
Maksud Hadis: “Isteri yang derhaka hukumnya berdosa dan dapat gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, Nerakalah tempatnya di Akhirat kelak. Apa yang isteri buat untuk suami adalah semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT”

Augerah

Augerah
Anak adalah anugerah ilahi...inilah perkara yang bakal dilalui kepada yang bergelar suami

Doa Murah Rezeki