GET READY-Perasaan risau dan resah
Pada 21-oktober-2010 Khamis yang lepas Jam 10.30 pagi temujanji dengan doktor .ke klinik sakit puan di Sentul bersama isteri untuk check up bulanan.Perggh this part mulanya memang letih nak tunggu turn...ramai yang kebetulan dateline hari yang sama.
Kandungan sudah menjangkau hampir 5 bulan .... Menjadi perkara utama bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya , terutama bagi isteri yang akan melahirkan bayi yang pertama. begitulah juga aku dan isteriku .
Ramai di antara isteri (ibu )juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan dari keluarga amatlah penting pada ketika ini serta serba sedikit pengetahuan. Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, Aku dan isteri dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan isteri ketika di hospital. Barang-barang untuk diri isteriku (baju, kain, tuala, berus gigi) ...ops! jangan lupa bekas air kopi aku..! aku ni Coffee Drunker .manalah tahu nak berjaga nanti.. dan juga untuk bayi yang akan lahir perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran . Nasib baik segala info sudah aku siap siaga seperti dalam penulisan aku sebelum ini Menyambut kelahiran cahayamata .
Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Aku dan isteri perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa "Panik"kalau tak mengelabah beruk jadinya....:) beranak dalam kereta pulak nanti...nak ke aku jadi bidan sendiri...???rasa nak! satu pengalaman yang sukar didapati..tetapi kalau bolah janganlah..!
Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan.kata doktor Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction". apa ke bendanya bunyi ni??????aku minta doktor jelaskan semula..
Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:
1. Tanda atau Show: Keadaan ini berlaku apabila terdapat lendir (mukus) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran lendir yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan lendir ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.
......degupdegapdegupdegap...dagdigdug....fffuuuhhhhhhhhhhhhh...aku yang dengar jantung aku pulak yang berdegup kencang....tarik nafas panjang...! kesian bini aku.
yang ke 2 kata doktor..
2. Pecah air ketuban - Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.
ok....fokus...fokus pada penjelasan...Pasti aku ingin berada di sebelah pada setiap saat ketika tibanya waktu isteri ku melalui detik itu.
3. Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat.Emmmmm...sukar aku nak bayangkan..!
Aku dan isteri perlu membuat persediaan -GET READY untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila isreri kita cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.
tak panik...??? tak dapat nak merasakan hanya kaum isteri saja yang bakal melaluinya..dah tentu aku pulak yang panik....!!!
Semua dalam minda aku dah bermain2.....tarik nafas istifar dulu....emmmmm bukan senang pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat.. dan bergelar seorang ibu.
Apabila puan(isteri) mengalami tanda-tanda di atas, dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum isteri ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.
Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).
Maklumat cukup bermakna buat aku yang akan bakal menjadi ayah dan satu ilmu pengetahuan baru ku perolehi..bagi aku ini kali pertama untuk menghadapi perkara dan pengalaman baru yang belum ku tempuhi jadi harus bersedia dari semua segi....
Aku berdoa semoga apa yang mendatang adalah segala kebaikan..Amin