Monday, May 30, 2011
ADUN Kelantan Kantoi Beromen Didepan Isterinya..-Info Sekadar Ambil Tahu
Sekadar ambil tahu
Norhisyam Nordin
Friday, May 27, 2011
Permainan Minda Untuk Bayi - 0 - 6 Bulan
Permainan untuk bayi baru lahir
- Bayi berusia sehari sudah mengenali suara ibu bapanya.Jika ibu-ibu membelai perut sambil bercakap dgn bayi Ketika masih dalam kandungan,bayi itu akan mengenali suara ibunya.
- Ketika bayi anda sdg baring,berjalanlah kesalah satu sisi katil bayi dan panggil namanya.....
- Teruskan memanggil nama bayi shingga dia mnggerakan mata atau kepalanya kearah suara itu
- Kemudian pergi kesisi katil yg satu lagi dan panggil semula namanya
- Urutkan badan bayi anda dgn lembut sambil mmberikan senyuman dan panggillah namanya berulang kali.
HASIL KAJIAN OTAK
Lebih lembut ransangan yang diberikan kepada bayi baru lahir.maka lebih banyak bilangan sinaps dan hubungan dalam otak akan terbentuk
Norhisyam Nordin
Tuesday, May 24, 2011
Sunday, May 22, 2011
Saturday, May 21, 2011
Adab FaceBook-Sekadar Ambil Tahu
Renung-renungkan baik dan buruk kita sendiri
yang mencaturkan kehendak serta kemahuan sendiri
yang mencaturkan kehendak serta kemahuan sendiri
Norhisyam Nordin
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Monday, May 16, 2011
Sunday, May 15, 2011
Detik Bermulanya Sebuah Kehidupan..
Kandungan berusia 8 bulan menonton wayang di Brem Mall jln Ipoh |
kandungan 8 bulan lebih baru pulang dari Std Bkt Jalil tengok bola Msia VS Indon AFCcup |
22-feb-2011 petang dalam jam 3 masuk hospital Sg buloh |
Syukur Alhamdullilah mudah segala urusan..Normal |
PERMATA KEKAL detik bermulanya sebuah kehidupan |
3 Jam Selepas lahir |
Sebelah malam menyusu |
macam sedap |
24-Feb-2011 hari ke2 dibenarkan keluar hospital |
tidur dalam kelambu |
4 hari usianya |
Dalam hari..tgh menungku |
usia 12 hari........ |
Norhisyam Nordin
Thursday, May 12, 2011
Cakar Harimau oleh Ustazah Siti nor Bahyah Mahamood
Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri
perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang
memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu
diuraikan.
Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu
hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-
jemput' pada bahagian tulang belikat.
Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan
perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan
kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke
pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat
cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan
penuh kasih sayang
Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan
kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas
hingga ke pinggang.
Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana
setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya
cinta padamu'.
Norhisyam Nordin
Wednesday, May 11, 2011
63 Petua Keluarga Bahagia Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Copy & Paste buat bekalan ilmu dalam rumahtangga untuk KEKAL SEKATA dalam BERSAMA...Semoga dapat bersama-sama kita jadikan sumber rujukkan.
Tanpa Persefahaman dalam penyatuan serta perkongsian hidup, yang di bina tidak mungkin menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan
Keimanan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
- Mental, pendidikan dan ilmu
- Emosi
- Fizikal dan ekonomi
- Sosial
- Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
- Pendapat atau pandangan
- Hobi
- Kegemaran
- Makanan
- Cita rasa
- Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
sumber -News @ Feryco
Norhisyam Nordin
Sunday, May 8, 2011
Isteri
Antara tanda
ISTERI DERHAKA
ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, ada yang memanggil bini,orang rumah dan dengan pelbagai nama untuk isteri tersayang.bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
ini antara sedikit sebanyak sumber maklumat yang aku perolehi ....
ini antara sedikit sebanyak sumber maklumat yang aku perolehi ....
Norhisyam Nordin