Thursday, December 15, 2011

Demam Denggi

  Demam Denggi
Pengenalan
Awasilah anak kita dari masalah ini.
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4)
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Tanda-tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, , sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
Pemastian Diagnosa Penyakit
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk.
Rawatan
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  •  

Demam Denggi Berdarah
Merupakan Demam Denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.
Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.
Faktor Penyumbang
Intravena:
  • Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak
  • Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru
  • Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat
Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ?repellent? jika perlu Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi ? 8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam)
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang bila keluar rumah
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besin, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan
Untuk Maklumat lanjut
  • Sila berjumpa Pegawai Perubatan atau Pakar Pediatrik
  • Pejabat Kesihatan berhampiran
  • Klinik Kesihatan berhampiran
  • Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit melalui laman web, www.dph.gov.my atau telefon : 03-8883 3888


Rujukan
  1. Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever Fact Sheet , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  2. Dengue Fever , Center for Disease Control and Prevention, Puerto Rico.
  3. Dengue, DHPE Publications.
  4. Dengue fever, Wisconsin Department of Health and Family Services.
  5. Disease fact sheet : Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization.
  6. Dengue Fever/Dengue Haemorrhagic Fever, World Health Organization
  7. Clinical Diagnosis and Assessment of Severity of Confirmed dengue Infection in Vietnamese Children : Is the WHO classification system helpful ? Cao Xuan Thank Phuong et al., Am. J. Trop. Med. Hyg., 70(2),2004,pp 172-179.
  8. Dengue Fever, U.S. Army Center for Health Promotion and Preventive Medicine, Maryland.

Wednesday, December 14, 2011

Skim Rumah Pertamaku



Skim pembelian atau pinjaman rumah pertamaku dengan pinjaman rumah atau pinjaman 100% seperti yang telah diwar-warkan semasa pembentangan budget 2011 tahun lepas telah di laksanakan baru-baru ini.
Skim ini yg dipanggil Skim Rumah Pertamaku telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam di PWTC.
Ia menyasarkan kepada golongan muda pendapatan kurang dari RM3,000 bagi pembelian rumah yang berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 dengan 100% pinjaman iaitu tanpa wang pendahuluan atau deposit 10% seperti sebelum ini.
Difahamkan 25 institusi kewangan telah mengambil bahagian dan pendahuluan atau deposit  10% adalah jaminan kerajaan melalui Cagamas Bhd.

Senarai Bank Skim Rumah Pertamaku :
1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kelayakan menyertai skim ini adalah :
1. Warganegara Malaysia
2. Pembeli rumah pertama
3. Berusia 35 tahun ke bawah
4. Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
5. Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
6. Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
7. Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
8. Bukti pendapatan

Sumber :Bernama
 .


Untuk lebih lanjut layari 
laman web Skim Rumah PertamaKu – 
http://www.srp.com.my .

Bantuan RM500

Usah tipu mohon bantuan RM500
Sekurang-kurangnya dapatlah jugak membantu meringankan beban kewangan keluarga pendapatan rendah ...

2011/12/11


pix_gal0
Warga tua sebatang kara, ahli keluarga berdaftar eKasih layak terima BR1M

KUALA LUMPUR: Warga tua hidup sebatang kara dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, yang akan dibayar mulai pertengahan bulan depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mereka yang tergolong dalam kategori tidak mempunyai slip gaji ini hanya perlu mendaftar dengan mengisi borang pendaftaran BR1M yang diedarkan mulai semalam di lebih 800 sekolah dan lokasi terpilih di seluruh negara.
Katanya, kerajaan menyasarkan untuk mendaftar 5.2 juta rakyat bagi mendapat bantuan khas itu, khusus bagi yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan bagi satu isi rumah serta ramai tanggungan.
Beliau berkata, golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tetapi layak kerana berpendapatan isi rumah kurang RM3,000, boleh memohon berdasarkan pengisytiharan diri dalam borang itu. Semua permohonan akan diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana agensi kerajaan itu mempunyai maklumat dan data lengkap bagi membantu kerajaan menilai kelayakan setiap penerima bantuan.

“Kita berpegang kepada pengisytiharan diri, jadi pemohon perlu mendaftar secara jujur dan ikhlas. Kerajaan akan semak, sekiranya kita dapati laporan itu tidak betul dan pemohon terbabit menerima bantuan RM500, maka kita akan ambil tindakan.

“Tetapi sekiranya pemohon mengisytihar maklumat dengan jujur walaupun tanpa slip gaji dan berdasarkan semakan menunjukkan mereka layak, maka mereka akan tetap menerimanya,” katanya kepada media selepas penyerahan borang BR1M, semalam.

Bermula semalam, agensi kerajaan terutama LHDN dan pemimpin masyarakat mula mengedarkan borang pendaftaran BR1M di seluruh negara. Borang pendaftaran diedar percuma di 862 kaunter seluruh negara termasuk 415 sekolah terpilih dan pemohon boleh memuat turunnya dari laman web Kementerian Kewangan.
eKasih adalah sistem pengkalan data keluarga miskin dengan mempunyai pendapatan kurang RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar iaitu kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Data dan maklumat dalam eKasih berasaskan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) dijalankan Jabatan Perangkaan dan kemudian disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ahmad Husni berkata, semua pendaftaran akan diproses segera bagi membolehkan kerajaan mengagihkan bantuan kepada pemohon yang layak pada pertengahan bulan depan.

Katanya, kerajaan sudah mempunyai kaedah yang sesuai untuk menyalurkan bantuan RM500 itu namun ia akan diumumkan kemudian bagi memberi tumpuan kepada proses pendaftaran terlebih dulu.

“Saya faham proses pendaftaran 5.2 juta individu dalam tempoh sebulan bukannya mudah, justeru kami membuka lebih banyak lokasi pendaftaran.

“Insya-Allah kami akan mengadakan mesyuarat esok (Isnin) bagi mendapatkan jumlah pendaftaran untuk minggu pertama, supaya proses pendaftaran ini dapat diperbaiki untuk tempoh tiga minggu akan datang,” katanya.

sumber BeritaHarian 
Tetapi AWAS jangan mudah tertipu ada jugak sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan jadi seelok-eloknya terus ke LHDN untuk mendapatkan borang dan hantar.

Pentingnya baby thermometer

Adalah amat penting untuk setiap IbuBapa peka tentang alat ini untuk memantau tahap suhu badan anak anda terutama bagi anak yang masih kecil 0 - 6 tahun pastikan sentiasa ada di sisi anda sekurang-kurangnya dapat mengawal suhu menjadi lebih tinggi sebelum berjumpa doktor.

Tuesday, December 13, 2011

Demam Sawan (fever seizures)

Jabatan Pediatrik
WAD 8C

Apakah yang perlu dibuat jika anak demam?
Langkah Awal amatlah PENTING..!!

1.Periksa suhu badan mengunakan jangkasuhu
2.Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya.pakaikan baju yang nipis sahaja.pasangkan kipas untuk rendahkan suhu bilik dan unutk peredaran udara yang baik.
3.lakukan mandi berjelum dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh terutama di celah-celah ketiak atau kelengkang peha untuk menurunkan suhu badan.Elakkan penggunaan ketulan ais(air batu)
4.Beri Minuman air yang secukupnya
5.Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betul dan sekiranya anak anda tidak boleh makan ubat demam,anda boleh berikan SUPOSITORI PARACETAMOL setiap 4-6 jam sekali:

i.   Umur < 1 tahun 5 ml (120mg) / 1 sup
ii. 1-3 tahun  10ml (250mg) / 2 sup
iii. Umur >4 tahun 15ml (360mg) / 3 sup

Sekiranya anak masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau telinga bawa berjumpa doktor unutk pemeriksaan lanjut.Antibiotik tidak diberikan kepada semua pesakit demam sawan.


Demam Sawan
Pengenalan
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.
Insiden
  • Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
  • Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
  • Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
  • Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.
Diagnosa
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.
Tanda-tanda dan gejala
  • Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
  • Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
  • Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
  • Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
  • Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
  • Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
  • Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam
Faktor-faktor risiko untuk sawan demam berulang
  • Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
  • Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
  • Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
  • Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
Sawan demam yang berlarutan (melebihi 30 minit) tidak meningkatkan risiko sawan demam berulang.
Kesan jangkamasa panjang sawan demam
  • Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
  • Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
Ada kajian mendapati kanak-kanak dengan sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan dapat menjalani ujian kecerdasan dengan baik seperti adik-beradik lain (yang tidak mengalami sawan demam).
Terdapat juga kes yang jarang berlaku - iaitu sawan yang sangat lama (lebih dari satu jam) - didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya. Kira-kira 3% daripada kanak-kanak mengalami sawan demam akan mendapat epilepsi. Ini termasuk kanak-kanak dengan:
  • Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
  • Perkembangan yang lambat.
  • Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.
Kanak-kanak tanpa sebarang risiko hanya mempunyai 1% peluang untuk mendapat epilepsi selepas sawan demam (risiko yang sama seperti orang lain).
Rawatan
Mengambil langkah-langkah kecemasan.
Mengawal sawan
  • Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
  • Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.
Kemasukan ke hospital
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
  • Takut sawan akan berulang
  • Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
  • Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
  • Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.
Ujian makmal tidak diperlukan untuk mendiagnosakan sawan demam. Walaubagaimanapun, doktor mungkin membuat beberapa ujian untuk mencari penyebab demam dan apabila dijangka ada jangkitan di otak, tebukan spinal (lumbar puncture) mungkin perlu dijalankan.
Mencegah demam sawan
Mengawal demam
  • Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
  • Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
  • Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Pencegahan sawan dari berulang


  • Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
  • Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.