Tuesday, December 31, 2013

Kata-kata hikmah penghujung tahun 2013-NN

kata-kata hikmah-nn
Alhamdullillah syukur kepadamu atas segala pemberian suka duka ku lalui

Monday, December 30, 2013

Suka suka Penghujung tahun 2013

Kesibukan lah kononnya......dgn berbagai suka duka 2013 tidak banyak masa aku dan family berehat atau bercuti ke tempat yg syok..syoookk macam hampa semua.

Sunday, December 22, 2013

Thursday, December 19, 2013

Suka-suka aku









Tuesday, November 26, 2013

Badan Angin


Tanda-tanda angin banyak dalam badan:

• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.

• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.

• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.

• Selalu menguap/mudah mengantuk.

• Sukar bernafas/nafas pendek.

• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

• Kulit kering.

•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.

• Perut berangin.

• Sakit kepala/migraine.

• Perasaan mudah marah.

• Hilang selera makan.

• Hilang/kurang nafsu seks

• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.

 Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:

- Banyakkan minum air kosong.

- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Di sini aku sertakan list sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan
 1) Kekacang

2) Sayuran seperti :
      a) Brokoli
      b) Kobis
      c) Taugeh
      d) Bawang
      e) Asparagus
      f) Bendi
      g) Terung


3) Buah-buahan seperti :
      a) Pear
      b) Apple
      c) Peach

4) Bijirin seperti :
      a) Cereal
      b) Roti gandum

5) Minuman ringan dan jus buah

6) Susu dan produk daripada susu dan keju

5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
      a) Roti
      b) Bijirin
      c) Sos salad

6) Makanan bertepung

7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).

8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih. (Nota; angin berpunca dari perubahan emosi sukar keluar dari badan)
 Kalau boleh amalkan

1) Banyakkan minum air kosong/air suam

 
2) Kurangkan udara yang disedut  

3) Makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih

4) Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

5) Jika ada yang merokok, berhentilah!  


6) Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin


Antara petua tradisional untuk elakkan badan berangin

1) Bawang Putih
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum.


2) Lain-lain petua
  • Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
  • Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
  • Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
  • Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
  • Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.
  • Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.


3) Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

  • Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
  • Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
  • Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
  • Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk
4) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :




Dengar tu...


"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"
InsyaAllah....berusaha untuk sihat..

Maklumat asamgaram2puteri

kata madah






Tuesday, November 19, 2013

Muslihat suami baru


Kuala Lumpur: Seorang wanita beranak satu kini meringkuk dalam penjara di Thailand dan berdepan hukuman penjara seumur hidup, didakwa akibat diperdaya suami baru yang menjadikannya keldai dadah.
Norzawati Ramli, 36, dari Kampung Bukit Merah, Tanah Merah, Kelantan yang baru berkahwin tiga bulan dengan suami barunya warga Thailand ditahan polis negara itu kerana dikatakan memiliki 26 kilogram dadah jenis syabu.

Sumber berkata, ketika kejadian itu, mangsa yang baru berkahwin dibawa ke Hatyai oleh suaminya untuk berbulan madu. Menurutnya, mangsa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Hatyai, 14 Mei lalu dan kini ditempatkan dalam tahanan di Penjara Wanita Ngam Wong Wan, Bangkok. “Nasib mangsa masih belum diketahui berikutan kesnya masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Thailand,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, suami mangsa sebelum ini memberitahu dia bekerja sebagai kontraktor mendapat kontrak membawa kereta baru dari Bangkok ke Hatyai.

Sementara itu, adik mangsa, Nordiana, 29, yang dihubungi Harian Metro berkata, kakaknya yang dipanggil Kak Long berkahwin dengan lelaki Thailand itu sebaik saja habis tempoh edah bercerai dengan suami terdahulu.
“Ketika ayah berjumpanya di penjara, Kak Long meraung dan merayu ayah membantunya kerana dia tak tahu apa-apa berkaitan dadah yang dikatakan miliknya,” katanya.

“Kak Long juga sedih dan mengaku memang berdosa kerana sebelum ini dia tidak mendengar nasihat orang tua kami,” katanya.
Menurutnya, pada Mei lalu iaitu selepas tiga bulan berkahwin, Kak Long membawa anak tunggalnya berusia 10 tahun untuk dijaga sementara oleh emak sebab dia mahu mengikut suami barunya bercuti di Thailand sambil bekerja.

“Kak Long memberitahu suami barunya itu dapat kontrak membawa kenderaan baru dari Bangkok untuk dihantar ke Hatyai.

“Namun, selepas 10 hari berada di Thailand, kami terkejut apabila mendapat panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan Kak Long ditangkap di Hatyai berkaitan kes dadah,” katanya.

“Lelaki itu memberitahu Kak Long kini ditahan di penjara ‘Womens Correctional Institution’ di Lardyao, Chatujak, Bangkok,” katanya.

Nordiana mendakwa, selepas penahanan kakaknya terbongkar dan kecoh, baru mereka sekeluarga mendapat tahu daripada jiran kak long selalu dipukul suami barunya itu termasuk pada malam pemergian sebelum bertolak ke Thailand.

Beliau berkata, ayahnya, Ramli Daud, 60, berusaha mencari wang dan pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan Norzawati di penjara berkenaan. “Menurut peguam, Kak Long ditahan berseorangan di dalam bilik hotel tanpa dadah berkenaan dan ia susulan penahanan lima lelaki termasuk suaminya di lokasi lain.

“Bagaimanapun, suami Kak Long mendakwa dadah dirampas itu milik Kak Long,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini ayah dan ibu mereka, Rahimah Taib, 61, memang tidak merestui perkahwinan Kak Long dengan suami barunya itu, tetapi mereka tetap meneruskan pernikahan di Selatan Thailand.

“Kak Long berkenalan dengan suaminya itu yang bekerja kontrak di kampung kami,” katanya.

Nordiana berkata, kali terakhir keluarga menerima surat daripada Kak Long sebelum Ramadan lalu. “Dia rindu nak balik, dia nak sujud di kaki emak dan ayah, malah terlalu rindu nak peluk anak perempuan tunggalnya. “Saya kasihan nasib anaknya itu. Kawan-kawan mengata sedangkan ibunya dianiaya suami sendiri menjadi keldai dadah.

“Saya sekeluarga mohon mana-mana pihak dapat membantu kakak saya,” katanya.

Sementara itu, Konsular Kedutaan Besar Malaysia di Thailand Roszaini Che Pee ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan perbicaraan kes Norzawati belum diputuskan Mahkamah Keadilan di Ratchadaphisek, Bangkok.

Dalam perkembangan berkaitan, Roszaini berkata, seramai 408 banduan rakyat Malaysia dipenjarakan di Thailand dan lebih 90 peratus membabitkan kes dadah manakala bakinya berkaitan penipuan kad kredit.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/18
Oleh-Amir Abd Hamid myMetro

Saturday, November 9, 2013

2D 1N Gold Coast Morib

Untuk kesekian kali aku dan keluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat Sidi CFC dan isteri Azira Amsyar serta puteranya Mohd Amal Amsyar telah mengundang together-gether bercuti di Gold coast Morib Sepang last minit punya hal .Sebenarnya dah agak lama aku tak berjalan2 daerah sepang ni..pada hakikatnya pernah 1 ketika aku kerap berulang alik antara Bagan lalang ke Tanjung Sepat.jadi tak disedari di Morib pun ada Gold Coast...toke GCM org situ jugak kiranya dulu nelayan la toke ikan sikalang toke GCM lo...biasa la cina situ la...pandai dia nmpak lubuk jadi duit..
nak kata pagi tak pagi la nk tghari aku mghala  kerumah sahabat aku ni dkt Kajang.Trip bermula dari sana aku tak bawa kereta tumpang sahabat aku
.

biasa kalau siapa lalu Banting tak singgah tah sah kot!....

Yg bercermin mata rabun tu bini aku la(Sarah)...tu sahabat aku punya bini ( Azira)
Hadapan pintu masuk

Lobi....Besaq bole lepak 2 3 bas punya org...

bilik kami duk belok kiri

Bini aku amek gmbar...

dari pandangan atas bilik kami duk..mmg best view pada mmg syyoookkk..coz full kaler.

amek gmbr sja..xdan naik

anak aku happy sngat......


ni pagi buta.....gerak anak aku nak bawa dia pi mandi....

ccehhh,,,cceehhhhh

sblum pi mkn mlm...amik gmbr 3 beranak buat kenangan
Rosidi Familys

ni dugaan tang sini saja aku rasa anak aku sari smlm bole dok.....pokai ayah dia

ni suasana pukul 10 pagi....dah penuh

ok la.......

panas oi....

sunset dari balkoni









oiitt...bini aku nak terbang ka??

pelampung dah di tangan bila nak terjun ni.....

JOm...balik lain kita mai lagi...InsyaAllah


Sabar la....