PERINGATAN dan PERKONGSIAN
Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita
berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif
Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia
kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan
selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan
mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan
polis.
Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang
berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah
taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di
bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang,
semalam.
Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar
dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30
pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.
KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.
Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama
isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah
menengah di Pandan, di sini.
Ihsan petikan Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/03
Tulis Oleh Mohd Fauzi Abdullah