Putrajaya - Misteri kematian bayi lelaki berusia empat bulan di
sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, kelmarin terjawab selepas hasil
bedah siasat mendapati bayi berkenaan mengidap penyakit paru-paru
berair.
Pengusaha taska yang hanya ingin dikenali sebagai Johan, 48, berkata, perkara itu dimaklumkan ibu bapa arwah Azeem Rifhan selepas mendapat laporan bedah siasat daripada hospital.
Keluarga arwah tidak menyedari arwah mengalami masalah berkenaan kerana dia seorang bayi yang aktif dan ceria.
Sehubungan itu, Johan meminta orang ramai berhenti menuding jari ke atas taska miliknya kerana kematian bayi itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah ataupun kecuaian pengasuh.