Friday, January 31, 2014

Wanita kahwini lelaki tiada tangan, kaki hidup bahagia

Dia Suami Penyayang...
Wahai wanita hari ini lihatlah contoh dari sumber yg aku baca di bernama hari ini
Pekan: “Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, hidup saya bahagia dan akan terus memberi sokongan kepada suami walau apa pun pandangan orang,” kata Zaleha Mohd Nafis yang berkahwin dengan lelaki kelainan upaya sejak 2010 lalu.
Menurut Zaleha, 40, kasih sayangnya dengan Mohd Khairi Othman, 38, yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki semakin kukuh dengan kelahiran anak mereka Muhammad Tasnim yang kini berusia dua tahun.

Menceritakan kembali detik perkenalan mereka, Zaleha berkata, pertemuannya dengan keluarga Mohd Khairi pada penghujung 2009 hanya untuk menawarkan polisi insurans, namun tertarik dengan semangat berdikari lelaki itu yang sentiasa mahu berusaha memperbaiki kehidupan.
FotoMOHD Khairi bersama Zaleha dan anaknya Mohd Tasnim menunaikan solat di kediaman mereka di Pulau Manis, Pekan.
Foto
“Saya kerap bertemu dengan keluarganya sehingga menjadi keluarga angkat. Pada masa sama dia sebenarnya menaruh hati dan akhirnya meluahkan hasrat melamar saya.
“Saya menerima lamarannya dan bersyukur kerana bertemu jodoh buat kali kedua dengan seorang suami yang penyayang,” katanya.
Menurutnya, pada permulaan perkahwinan suaminya meneruskan usaha menternak ikan patin dan talapia manakala dia membantu menjual barangan dapur dari taman perumahan ke taman perumahan lain.

Sumbar Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31-Bernama