Tuesday, September 30, 2014

Ways to grab my dreams

Add caption


If you always feel like giving up or
Running away,
The solution is to
Just push yourself
And do whatever it is
That you are running
Away from.

Monday, September 29, 2014

Hari KOPI Antarabangsa




 Hari KOPI Antarabangsa
aku adalah pe minum kopi tegar dari kecil di kampung hingga hari ini di kota besar ini.Dulu di kampung zaman kecik-kecik arwah atok aku selalu buat kopi sendiri...kopi tumbuk,belakang rumah pokok kopi ada dalam 3 pokok besar dan agak banyak buah kopinya,aroma dan rasa kopi tumbuk ni cukup berbeza....memang sempoi lah..macam-macam jenis jugak kopi yang pernah aku cuba,memang setiap kopi mempunyai ke istimewaan tersendiri,bagi harian aku di rumah inilah kopi yang menjadi pilihan aku
logos
Pilihan Aku



bukan promo ye....tapi inilah saja yg aku boleh pilih jenis kopi yg ada di pasaran,dan jenis lain kebanyakkan nya mungkin tak memenuhi kehendak pe minum kopi tegar dah berpuluh tahun macam aku,jenama hang tuah yg paket hijau ni memang terbaik pada aku...


Bapa jadi biawak gigit anak

UTAMA KELUARGA-INFO
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis
 kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah
di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya
 enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia
setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.
Foto 
 
 WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya.
Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit.

Sunday, September 28, 2014

Ahad a.k.a Sunday

Bicara gambar hari minggu di rumah Shah Alam...
hai beginilah barang keluar dari stor...#baranglamagunakembali...hastag..!
basuh kereta besar malas kereta ni...ok!
barang lama kalau dijaga elok boleh diguna..taklah membazir nak beli baru
yang dalam pantang pun ngap jugak ke ChaChos tu?
mengendeng bila adik tido.....
badan nak membesar lagi nampaknya....yg ini kali mmg puas la berdukung
hari ni 28 hari sudah umurnya....NAR

Saturday, September 27, 2014

Sabtu di Puchong Teratak Lot-185-9 ku

Hari sabtu aku di rumah Puchong,Kampung Seri Aman Luar,pagi-pagi pusing berpusing keliling rumah nampak rumpai lalang dan berbagai dah mula memanjang emmm...mesin potong rumput dah tak da...melihat pokok duku langsat ni pulak alamak geram aku nak memanjat mengambilnya..tapi tak secukup masak lagi,3-4 hari lagi ok ni...kalau cuaca pun best...tupai kepala hitam je la...tau tau sebiji pun tak tinggal,layan tengok je la dulu nanti baru aku rasa panjat ambik sedekah kenkawan jiran-jiran sorang sdikit dapat la merasa,manis buahnya tahun lepas pergghhh..di sebelah petang pulak aku ada kerja bakar membakar harus di laksanakan dgn sepnuh hati jajji dgn saudara kita tu yg tinggal di sek17 Shah Alam sebelum pkul 5 akan muncul tuan hamba menghantar kerperluan nya...ada sambutan ulangtahun anak nya,

 
panjat la tunggu tengok je...



benih dari rumah sahabat puncak saujana kajang  dah setahun lebih dah berkali kali berbunga aku cantas nak berada dalam saiz dan bentuk yg lain ..TQ sidi cfc


 Inilah tugas yg aku nak laksanakan di petang ini...haha...bakar membakar...Satay Ayam sahaja..order ???email saya..cuba dulu-warisan generasi terdahulu-HS.....org Shah Alam order jadi aku kena lah menjalankan tugas ini...hehehehehehehehehe.... A to Z inilah hasil air tangan aku ikhlas dan jujur untuk diberi kepada insan menjamunya dgn penuh kenikmatan dan keberkatan,selalunya aku dgn bini aku berkerjasama..memandangkan masih dalam bercuti pantang ..tau tau ambik order dan beri arahan pada aku melaksanakan tugas ini..Rezeki anak,mmg bini aku bos pengasas .




Friday, September 19, 2014

Ke klinik


Hari ini awal pagi aktiviti jalan jalan ke klinik 2 beradik ada temujanji kebetulan serentak jadi di permudahkanlah sedikit urusan ayahnya.

ini lah sepasang penyeri kehidupan kami
Di klinik
Sempat selesai je hal klinik ke library pinjam buku
Bosan-bosan si ibu di rumah dapat juga membaca

Benjol di kepala semasa lahir CEPHALHEMATOMA

Benjolan berisi cecair/darah di kepala bayi baru lahir

ini selepas cukur rambut Nor Ammar Rizqi benjol nya agak ketara
Cephalhematoma

Cephalhematoma ialah hemorrage (pengumpulan darah) yang terjadi diantara tengkorak dan periosteum bayi yang baru dilahirkan akibat dari trauma ketika kelahiran

Pengumpulan darah ni akan diserap balik oleh tengkorak tapi akan mengambil lebih sedikit masa
 ada sesetengah mengambil masa 4 hingga 5 bulan baru fully absorb
dan ada yang aku baca serta aku research  sampai setahun lebih pun masih belum sepenuhnya  fully absorb  jika kes macam tu berlaku pada korang seeloknya korang rujuk pakar kanak-kanak.
Ini kes pertama berlaku ke atas aku dan setelah di rujuk ke pihak tertentu dan semuanya umum....kes macam anak aku ini benjol akan beransur-ansur surut..InsyaAllah -Doakan.
Apa yang aku dan isteri lakukan setiap kali lepas mandi tuam pada tempat benjol tu...semoga  cepat hilang.
rajin2 para Ibu sambil duk bersama atau menyusu perlahan-lahan usap/tuam kat tempat benjol tu InsyaAllah ..aku yakin akan hilang sepenuhnya dgn izin Allah S.W.T.
Sebarang maklumat/info aku rasa korang refer disini -http://www.seegerweiss.com/personal-injury/medical-malpractice/birth-injuries/cephalhematoma/
Blogger kita tak ramai yg bercerita tentang kes ini .Berdebar pada mulanya dulu...tapi setelah semua di pastikan tidak serius..aku keluarkan Entry ini untuk di kongsi..
mudah-mudahan dgn izin Allah cepat susut benjol di kepala Nor Ammar Rizqi (NAR).Amin

Tanam Uri Anak

Menanam URI Anak...ini tugas yang bergelar ayah seharusnya buat semua ini lebih elok ,dulu masa anak pertama macam2 pantang larang aku kena buat,aku ni jenis benda2 tahyul-mahyul kurang gemar ,jadi aku buat cara yg sepatutnya buat dan wajib aku buat tanpa mengikut fitrah kepercayaan nenek moyang yang kekadang menjerumus kearah khurafat ,contohnya cuci bersih2 letak paku dalam dalam uri dan bungkus elok2 baru tanam,betul kata ustaz elok letak gear box lori dalam uri tu sekali...hah..mampus nak menanamnya ye..!!!

Uri akan di bungkus oleh pihak hospital dan diberi kepada kita untuk dibawa balik sebegini 
Jadi terpulang lah pada korang macamna menguruskan uri...mmg bnyak yg aku sendiri di suruh buat itu ini..tetapi InsyaAllah aku buat apa yg sepatutnya aku buat dan laksanakan
Mengikut cara islam....kita org islam nak ikut adat resam tertentu padah di buatnya.

Thursday, September 18, 2014

Isteri Berpantang


Gambar sekadar hiasan
BANDARAYA MELAKA - Seorang bapa, 26, mengambil peluang ketiadaan isterinya yang pulang ke kampung untuk berpantang dengan membawa balik kekasih ke rumah di Taman Melaka Raya, di sini, bertujuan untuk melampiaskan nafsunya.
Bagaimanapun, nikmat yang dikecap akhirnya mendatangkan bahana selepas wanita terbabit kini hamil lima bulan.
Rahsia hamil luar nikah jurujual berusia 24 tahun itu terbongkar selepas keluarganya menyedari perubahan fizikalnya sehingga memaksanya memberitahu siapa punya angkara.
Difahamkan, ahli keluarga wanita terbabit berjaya mengesan lelaki berkenaan yang kemudian bersetuju untuk bernikah.
Bagaimanapun lelaki itu tidak melaksanakan janjinya sehingga memaksa keluarga wanita terbabit merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berikutan laporan itu, pasangan terbabit ditahan jam 11 malam kelmarin di Balai Polis Taman Malim Jaya.
Katanya,  mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan mendapati pasangan berkenaan sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu dan terus menjalin hubungan biarpun mengetahui lelaki terbabit sudah berumahtangga.
“Wanita terbabit sering datang ke rumah lelaki itu selepas isterinya pulang ke kampung dan mereka melakukan perbuatan terkutuk sehinggalah hamil.
Lelaki terbabit memang mengambil peluang melakukan perbuatan haram itu ketika isterinya tiada di rumah dan melakukannya beberapa kali,” katanya, di sini, semalam.
RKatanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 55, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersubahat persetubuhan haram.
“Manakala wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana hamil luar nikah.
“Sabit kesalahan bagi kedua-dua mereka boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
sumber SH Isteri berpantang, suami buat angkara

Saturday, September 13, 2014

Seronoknya Berkebun

 Di sekeliling rumah baik depan,baik di belakang ,jika ada sedikit tanah...alangkah seronok menyihatkan badan dengan cara berkebun....bagi aku ini adalah hobi semula jadi ....maklum saja anak kampung dah biasa dgn perkara sebigini...jadi bila tinggal di Lembah Klang atau omputehnya...Klang Valley bukan mudah hendak bersahabat,berbudi dan bermain dengan apa yang dikatakan Tanah. mahunya tanah sendiri....sedikit bernasib baik dan bersyukur kerana dapatlah jugak aku bercucuk tanam sepokok dua....ini pun atas izin tuan tanah my mother in law...dapat lah jugak aku berkebun....
tambah sekarang sibuk dgn hal lain sampai tak dpt masa yg secukup untuk berkebun....jadi ini adalah hasil koleksi gambar-gambar aku antaranya.

belimbing besi ...buat masak lemak atau pun ditumbuk bersama sambal belacan.....sedap!!




puas nak menjaga kekadang tak dapat tengok,walaupun belakang rumah, maklum sibuk dgn perkara lain...tau-tau hilang je di makan tupai kekadang tupai kepala hitam....sedekah..dapat sesama merasa

ayam....jantan galak berkokok

teratak arnab anak aku....

tanam dalam pasu....


merasalah jugak tanam cili sendiri...dan petik