Apa Yang Penting KERJASAMA
Kesibukan isteri yang juga merangkap sebagai ibu kepada anak-anak memang tak pernah akan habis-habis..
siap satu kerja….ada dua tiga lagi kerja yang perlu diselesaikan. Suami yg prihatin pasti akan turut membantu si isteri melakukan apa yang patut kerja-kerja rumah, namun jangan pulak terkejut andai ada sesetengah suami yang buat-buat tidak tahu sahaja…. kalau isteri meminta tolong, buat-buat tidak dengar, lebih-lebih lagi jikalau sesetengah suami itu tengah membaca surat khabar atau sedang online melayari laman sesawang
( contohnya melayan kawan-kawan di MukaBuku..)
memang susah..
Jadi macam mana nak selesaikan hal-hal yang macam ni? perlu ada caranya juga,
Cara 1:
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang,…!!! tlonglah sayang kat dapur ni….kan sayang merajuk seminggu tak masak kan….!!!”bunyi gedik jugak ayat ini..!
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:RASAnya lah...
” abang sayang…., tolonglah sayang kat dapur ni…lagi cepat siap kerja, hati pun senangkan leh rehat awal...mandi-mandi, wangi-wangi
lagipun malam ni kan malam Jumaatkan…”
( mood isteri yang senyum-senyum.macam nak..nak je...)
tapi kena tunggu malam jumaat la kalau nak guna ayat macam ni...hahhahahhahah..!
Cara 2 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang….., cantikkan belakang rumah kita, macam hutan belukar….tak lama lagi boleh buat hutan simpan kan, bang kan…..”
( perli yang pedih di hati suami tuuu..)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang tahu tak, tadi kan, sayang nampak 5 ekor ular kat belakang rumah..
pergilah tebas belakang rumah tu…bahaya tu bang ooooii..
( suami yg sayang keselamatan keluarganya akan bergegas bertindak walaupun isteri buat tipu olok-olok hehehe.)
kebetulan belakang rumah aku memang ada laman...tapi aku memang suka berkebun....aku buatkan taman untuk anak bermain.
Cara 3 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” bang……!!!! Tolonglaaaaa…bantu ayang ni…, pemalas betul laaaaa…laki ayang ni..!!
( alamak…bab kata pemalas ni..suami akan terasa beb…hehe)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang……., apa kata abang tolong ayang buat keje umah ni… kan ayang berbadan dua ni…
( suami yang terkejut dengan kata-kata isteri yang kata berbadan dua, sepantas kilat suami bantu…hehe walupun sebenarnya tak..! )tapi jgn amalkan nahas jadinya kalau suami korang jenis kategori yang korang tau sendiri kot...
Walau apapun.. untuk kerukunan rumahtangga, suami isteri perlulah saling bantu-membantu…tolong menolong antara satu sama lain..Siapa ada waktu tolong-tolonglah.....tak payah nak berkira-kira..para isteri-isteri pun janganlah pulak ambil kesempatan sekiranya ada suami yang begitu prihatin.
Apa Yang Penting KERJASAMA
Sedikit info Sekamrindu