Contoh Pertanyaan
SAYA mempunyai lima anak, tiga perempuan dan dua lelaki. Sekarang, hanya anak
sulung saja yang sudah melakukan akikah (tumpang). Anak yang lain,
masih belum dilaksanakan kerana belum berkemampuan.
Jika saya dan suami ada rezeki (kewangan mencukupi), adakah kami masih boleh
laksanakan sekali untuk semua anak atau bagaimanakah proses dan tempoh
sepatutnya bagi melakukan akikah?
Musykil,
KUALA LUMPUR
HUKUM akikah adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat dituntut untuk dilakukan)
kepada penjaga atau ibu bapa yang menerima zuriat. Ia sunat dilakukan pada
hari ketujuh sempena hari bercukur dan memberi nama kepada anak itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap anak yang lahir itu terpelihara
dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh
(daripada hari kelahi�rannya), dicukur dan diberi nama.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan Ibnu Majah).
Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah
dibuat pada masa sebelum anak mencapai umur baligh.
Dalam kes anda, akikah kepada anak masih boleh dilaksanakan sekiranya berkemampuan.
Bagaimanapun, kedudukan ekonomi keluarga perlu dipertimbangkan.
Islam tidak memaksa ibu bapa melakukan akikah sekiranya mereka tidak mampu.
Islam juga membenarkan anak itu sendiri melakukan akikah buat dirinya
apabila mereka mencapai usia baligh dan mengetahui ibu bapa belum melaksanakan akikah buat dirinya.
sumber MyMetro