Tanda-tanda angin banyak dalam badan:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
• Kulit kering.
•'Muscle spasms' waktu tidur/jaga.
• Perut berangin.
• Sakit kepala/migraine.
• Perasaan mudah marah.
• Hilang selera makan.
• Hilang/kurang nafsu seks
• Dan lelain rasa ketidakselesaan badan.
Antara lain cara yang boleh diamalkan untuk membuang angin dalam badan adalah:
- Banyakkan minum air kosong.
- Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
- Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
Di sini aku sertakan list sumber makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan
1) Kekacang
2) Sayuran seperti :
a) Brokoli
b) Kobis
c) Taugeh
d) Bawang
e) Asparagus
f) Bendi
g) Terung
3) Buah-buahan seperti :
a) Pear
b) Apple
c) Peach
4) Bijirin seperti :
a) Cereal
b) Roti gandum
5) Minuman ringan dan jus buah
6) Susu dan produk daripada susu dan keju
5) Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti
a) Roti
b) Bijirin
c) Sos salad
6) Makanan bertepung
7) Pemakanan~ Jadual makan tidak teratur, pengambilan makanan yang memberi tindakbalas 'alahan' seperti nangka, labu, mee kuning, daging beku dll, kafein dan minuman soda(bergas).
8) Perubahan emosi~ 'Emotional outbursts', dari tenang menjadi marah dan dari tenang sedih. (Nota; angin berpunca dari perubahan emosi sukar keluar dari badan)
Kalau boleh amalkan
1) Banyakkan minum air kosong/air suam
2) Kurangkan udara yang disedut
3) Makanlah perlahan-lahan dan kuyah lebih
4) Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah
5) Jika ada yang merokok, berhentilah!
6) Sediakan jadual. Tuliskan jenis2 makanan yang menyebabkan masalah angin
- Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
- Hiris bawang putih nipis-nipis.
- Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
- Minum ramuan ini sebulan sekali.
Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum.
2) Lain-lain petua
- Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..
- Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.
- Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.
- Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)
- Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.
- Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.
3) Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:
- Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam.
- Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.
- Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.
- Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk
Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :
Dengar tu...
Maklumat asamgaram2puteri