SELAMAT BERCUTI SEMPENA HARI PEKERJA.
Sesungguhnya setiap hari adalah hari pekerja.
Pekerja paling setia adalah SEORANG IBU.....
IBU bekerja.. .berkhidmat...berbakti TANPA CUTI.
Mulai awal pagi hingga ke dinihari.
Tidur malamnya tidak senyaman sunyi,
Bangun berkali-kali menyusui anak di sisi.
Bangun pula awal pagi,
Sedangkan sang suami masih enak diulit mimpi.
Sibuk menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suami,
Sambil merancang untuk masakan tengahari,
Mengemas rumah membasuh dan mencuci,
Datang pula penjual ikan serta sayur dan ibu sibuk membeli,
Untuk dimasak dimakan tengahari anak dan suami.
Terfikir pula untuk petang dan malam nanti,
Kuih petang dan lauk-pauk di malam lagi.....
Esoknya pula apa nanti sarapan pagi,
Sambil-sambil sibuk berbakti sikecil merengek menangis nak 'nenen' lagi......
Siabang menangis tak henti kerana sakit gigi,
Kakak pula taknak ke sekolah sebab kerja rumah tak siap lagi,
Sibuklah sang ibu memujuk dan menyejukkan hati.
Sang suami pulang lewat petang merungut sakit dan lenguh kaki,
Hari ini kerja banyak berjalan dan berdiri,
Sebelum tidur malam minta kakinya diuruti,
Berbaktilah sang isteri dengan penuh rela hati....
Anak-anak kalian,
Lihatlah ibu-ibumu dengan matahati,
Penat jerih ibu-ibumu kalian ambillah peduli,
Peluk ciumlah ibu-ibumu dengan penuh kasih sejati,
Kerana kasih sayang ibu-ibu membawa sampai ke Akhirat nanti,
Seluruh hayat ibu-ibumu hanya tertumpah pada bakti sampai ke mati...
Tidak wajarkah kalian meminta ibu-ibu berehat dan kalian pula sebagai ganti ?
Cuba merasai menjiwai susah senang seorang ibu dan isteri ?
Berbaktilah kalian kepada ibu-ibumu sebelum mereka pergi...
Ingatlah.....masing-masing kalian hanya seorang ibu yang dipunyai,
Hilangnya ibu tiada siapa boleh mengganti,
Jadi....sebelum mereka pergi,
Berbaktilah sepenuh jiwa dan hati,
Bersihkan niat putihkan jiwa nurani.....
Ibu......
Sesungguhnya semua hari adalah Hari Ibu....
Walaupun dipanggil Hari Pekerja atau Hari Guru atau apa harinya....
Kerana ibu adalah segalanya.....