![]() |
WAD 8C |
2 -5% kanak-kanak boleh menghidap sawan deman dan lazimnya ini adalah sawan yang biasa.
- Sawan demam biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 6 tahun dan khususnya anak kecil yang baru bertatih (toddler).
- Lebih kurang 1 daripada 25 kanak-kanak akan mengalami sawan demam sekurang-kurangnya sekali.
- Sawan demam jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur < 6 bulan atau melebihi umur 3 tahun.
- Jika sawan demam ini berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih tua, risiko untuk mendapat sawan demam yang berulang-ulang adalah lebih rendah.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas mengecualikan sebab-sebab lain selain dari demam sahaja.
- Anak akan tidak sedar diri dan menyentak kedua-dua kaki dan tangan.
- Kadang-kadang anak mungkin boleh menjadi kejang atau menyentak satu atau lebih bahagian badan, seperti satu tangan atau satu kaki. Kekejangan boleh berlaku pada satu bahagian badan sahaja.
- Sawan demam jarang melebihi satu atau dua minit. Dalam kes dimana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan.
- Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.
- Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5C
- Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau "sawan babi" adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).
- Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam
- Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.
- Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.
- Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik)
- Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
- Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan.
- Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak.
- Sawan demam yang panjang, melibatkan satu bahagian badan sahaja atau berulang dalam masa 24 jam.
- Perkembangan yang lambat.
- Ahli keluarga lain yang mengidap epilepsi.
Mengambil langkah-langkah kecemasan.
- Majoriti kanak-kanak tidak memerlukan ubatan.
- Jika sawan berpanjangan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi.
Tidak semua kanak-kanak dengan sawan demam perlu di masukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, kemasukkan ke hospital mungkin perlu jika:
- Takut sawan akan berulang
- Untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit.
- Untuk mencari dan merawat penyebab demam selain jangkitan otak.
- Untuk mengurangkan kebimbangan ibubapa.
Mengawal demam
- Beri ubat-ubatan seperti paracetamol atau ibuprofen untuk menurunkan demam
- Mandi berjelum seluruh badan dengan air paip (bukan air sejuk).
- Beri anak anda minuman sejuk. Ini akan membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
- Majoriti kanak-kanak tidak perlu ubatan untuk mengelakkan sawan.
- Memberi ubat mengelakkan sawan (seperti Phenobarbital atau valproate) tidak digalakkan kerana tiada bukti ubatan ini boleh menghalang sawan demam dan pemberian ubatan ini boleh mendatangkan kesan-kesan sampingan.