Patut seminggu kebelakangan ini ada saja pekara 
yang tidak kena dalam rumahtangga aku..
Rupa-rupanya orang rumah aku hamil lagi untuk yang ke 2,aku sendiri seperti yg sebelum ini ada jugak merasa kesannya..badan lemau semacam..perut menggah je...nak melekat kat bantal mcm org rumah aku jgak.
Alhamdulillah syukur walau apapun masih baru lagi kurang 2
 minggu dari sekarang aku akan update yg pastinya InsyaALLAH
 isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal asyik panas je...
malas tak ingat punyeeeee..aduh...!!
Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum HAMIL 
 Dia pulak diamkan saja aku tak menyangka akan hal ini.tak pulak ckp pasal 
aturan haid nye...biasa la aku ingat mungkin kelewatan tarikh...
Pergi Pharmacy dapatkan pregnancy test

tak jelas...ha mmg positif 2 lines


 Pada mulanya aku tidak sensitif langsung dengan situasi isteri
yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya.,,
patut nampak malas je...nak tido je....tak nak apepun..
 Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar AYAH,yg bakal
di naikkan pangkat la kiranya menjadi seorang ayah akan merasa sedikit panik dengan
 perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat 
sekurang-kurangnya ia dapat membantu dan aku cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman
 yang sebelum ini yg aku harungi untuk menjadi seorang yg bergelar Ayah.........
Berikut ini  antara senarai yang boleh dilakukan oleh suami 
untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil-cuba la korang praktiskan

1.      Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup 
menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. 
Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu.
 Dengan sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.
2.      Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, Isteri di awal kehamilan  biasanya mengidam 
makan bermacam-macam makanan. Kita Suami janganlah menempelak keinginan isteri 
sebaiknya cuba la penuhi keinginan tersebut.Lambat atau cepat cuba la
 dapatkan apa yg di idamkan Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.
3.   Kena Faham situasi isteri
Isteri hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar.ini 
kita sebagai suami mmg jauh sekali TAKKAN dapat merasa bagaimana
 siksanya isteri melaluinya
Justeru pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa.
 Jika keluar bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. 
Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan 
sebaliknya suami perlu mengikut rentak isteri yang berjalan perlahan.
4.      Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. 
 Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak bersepah, 
terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri mengapa tidak mengemasnya.
Timbangrasa rasa la kita suaminya.
5.      Belajar perubahan isteri
Ini sebagai suami kena sangat2 faham isteri hamil akan mengalami
 perubahan emosi yang sukar dijangka. 
Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang kehamilan. 
Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.
6.      Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri,
 apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, 
suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ 
dengan ketidakselesaan itu.
7.      Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian 
 kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk.
 Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak. 
 Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.
8.      Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. 
 Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa 
 tidak selesa yang sedang dialami.
9.      Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka 
dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon
 yang mendorong perasan tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri 
yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, 
suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. 
Tentu kasih sayang kita suami isteri  semakin erat.-AMIN