Friday, June 29, 2012

PRUmy child Untuk anak

Alhamdullillah...Kini Siti Nur Batrisyia sudah memiliki insuran. PRUmy child


Bijak....bijak



Setahun 4 bulan bjak untuk mengunakan laptop...

Wednesday, June 27, 2012

Kewajipan Suami memberi nafkah


Riwayat: 
Riwayat Ibn Majah

Hadith: 
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.
Huraian Hadith: 
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut:
 i) perbelanjaan keluarga
 ii) makan minum dan pakaian 
iii) tempat tinggal 
iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.
 
Sumber Jab.Agama Islam

Tuesday, June 26, 2012

Hiburkan anak

Suami Pasang Luar



Sekadar iktibar kita bersama

Kantoi Dengan Suami

isteri oh isteri;;;;

Permaisuri Hatiku

Siti Nur Batrisyia Binti Norhisyam

Siti Nur Batrisyia Binti Norhisyam by Norhisyam Nordin
Siti Nur Batrisyia Binti Norhisyam, a photo by NN
http://www.flickr.com//photos/norhisyamnordin/sets/72157626519848989/show/with/7443528580/

Ketahui dan harus ketahui

HUKUM...Ketahui dan harus ketahu

Menjilat Kemaluan Isteri,
Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang amat jarang sangat dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda?
Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.


Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-


1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.

Monday, June 25, 2012

Friday, June 22, 2012

AMPUNKAN AKU SUAMI

di luar kemampuan

Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna ke emasan
Dapat aku bayangkan jika kau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Katamu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari

Kucermin diri ini
Terteralah kedaifan yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan yang panjang
Menyesali kemiskinan aku ini

Ku mampu petik bintang dilangit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankanmu
Biar pun lawan ku seribu

Itu hanya...bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya..yang ku ada
Satu jasad, satu nyawa , satu cinta

Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku menggenggam satu azam
Melemparkan khayalan bentuk kehidupan...

Sekadar layan lagu Ukays..tangkap leleh

Friday, June 15, 2012

Penyakit - KAKI , TANGAN DAN MULUT

 Awasi Anak-anak kita dari gejala penyakit - KAKI , TANGAN DAN MULUT







Pada 13-June-2012 Rabu yang lalu aku telah membawa anak perempuan aku ke Hospital (UMMC) Lembah Pantai, untuk checkup kerana pada sebelah pagi hari rabu isteri aku telah beritahu bahawa ada seperti bintik-bintik pada tapak kaki,di lutut serta di celah jari. 3 hari sebelum anak mengalami demam biasa,pada mula aku agak mungkin campak.dan untuk kepastian sebelah malam aku membawa ke PPUM..
rupanya bukan campak seperti yang kami sangka ia adalah jangkitan Kaki,Tangan dan Mulut.Alhamdullilah tidaklah serius sangat

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala

Demam yang ringan
Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
Jangan berkongsi barang-barang peribadi
Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
Letih/lesu
Kulit dan lidah yang kering
Resah gelisah (irritable)
Sawan
hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


Kerjasama Suami Isteri

Apa Yang Penting KERJASAMA



Kesibukan isteri yang juga merangkap sebagai ibu kepada anak-anak memang tak pernah akan habis-habis..
 siap satu kerja….ada dua tiga lagi kerja yang perlu diselesaikan. Suami yg prihatin pasti akan turut membantu si isteri melakukan apa yang patut kerja-kerja rumah, namun jangan pulak terkejut andai ada sesetengah suami yang buat-buat tidak tahu sahaja…. kalau isteri meminta tolong, buat-buat tidak dengar, lebih-lebih lagi jikalau sesetengah suami itu tengah membaca surat khabar atau  sedang online melayari laman sesawang
 ( contohnya melayan kawan-kawan di MukaBuku..)
 memang susah..
Jadi  macam mana nak selesaikan hal-hal yang macam ni? perlu ada caranya juga,
Cara 1:
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang,…!!! tlonglah sayang kat dapur ni….kan sayang merajuk seminggu tak masak kan….!!!”bunyi gedik jugak ayat ini..!
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:RASAnya lah...
” abang sayang…., tolonglah sayang kat dapur ni…lagi cepat siap kerja, hati pun senangkan leh rehat awal...mandi-mandi, wangi-wangi
lagipun malam ni kan malam Jumaatkan…”
 ( mood isteri yang senyum-senyum.macam nak..nak  je...)
tapi kena tunggu malam jumaat la kalau nak guna ayat macam ni...hahhahahhahah..!
Cara 2 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” abang….., cantikkan belakang rumah kita, macam hutan belukar….tak lama lagi boleh buat hutan simpan kan, bang kan…..”
 ( perli yang pedih di hati suami tuuu..)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang tahu tak, tadi kan, sayang nampak 5 ekor ular kat belakang rumah..
 pergilah tebas belakang rumah tu…bahaya tu bang ooooii..
 ( suami yg sayang keselamatan keluarganya akan bergegas bertindak walaupun isteri buat tipu olok-olok hehehe.)
kebetulan belakang rumah aku memang ada laman...tapi aku memang suka berkebun....aku buatkan taman untuk anak bermain.
Cara 3 :
Ayat yang membuatkan suami marah bila disuruh buat kerja rumah:
” bang……!!!! Tolonglaaaaa…bantu ayang ni…, pemalas betul laaaaa…laki ayang ni..!!
 ( alamak…bab kata pemalas ni..suami akan terasa beb…hehe)
Ayat yang suami suka dan dengan pantas suami buat kerja rumah:
” abang……., apa kata abang tolong ayang buat keje umah ni… kan ayang berbadan dua ni…
 ( suami yang terkejut dengan kata-kata isteri yang kata berbadan dua, sepantas kilat suami bantu…hehe walupun sebenarnya tak..! )tapi jgn amalkan nahas jadinya kalau suami korang jenis kategori yang korang tau sendiri kot...
Walau apapun.. untuk kerukunan rumahtangga, suami isteri perlulah saling bantu-membantu…tolong menolong antara satu sama lain..Siapa ada waktu tolong-tolonglah.....tak payah nak berkira-kira..para isteri-isteri pun janganlah pulak ambil kesempatan sekiranya ada suami yang begitu prihatin.
Apa Yang Penting KERJASAMA




Sedikit info Sekamrindu

Ayat-ayat surah dalam Al -Quran yang boleh di amalkan dalam rumahtangga


Antara Ayat-ayat yang terdapat dari Al-Quran untuk kita yang berumahtangga dan juga bakal berumahtangga mengamalkan di dalam sepanjang hidup kita bersama:  InsyaAllah.


Surah Al Baqarah,ayat 102-
untuk menghindarkan suami/isteri dan anak-anak bergaduh

Surah Al-Anbiyaa',ayat 79-

untuk anak-anak pintar/bijak belajar

Surah Al-Anbiyaa',ayat 69 & Al Hasyr,ayat 22-24-

untuk melembutkan hati anak-anak dan menghindari sifat panas baran suami/isteri

Surah Toha,ayat 1-5-

untuk anak-anak yang tidak mahu/malas untuk pergi ke sekolah

Surah Ar Rum,ayat 31(baca 33x)-

untuk anak-anak yang gemar/suka keluar waktu malam

Surah At Taubah,ayat akhir-

untuk pendinding diri dari syaitan iblis

Surah Al Baqarah-

untuk pendinding rumah(baca pada air dan semburkan/spray sekeliling rumah)

InsyaALLAH.....Kita kongsi bersama

Wednesday, June 13, 2012

Cosmopoints KK- Semuanya ada di sini





Entahlah kenapa yang menarik sangat tentang iklan ini....Siti Nur Batrisyia dengar saja terus ke depan tv...dancing..!!!

Tuesday, June 12, 2012

Popeye.



Anak meragam tdak mahu tidur,,,emmm nak tonton flem Popeye

Saturday, June 9, 2012

Akhir-akhir zaman ini ~ EMAK Mengahwini ANAK sendiri



Sekadar mengingat dan ambil tahu

Thursday, June 7, 2012

doa sebelum makan -