ok...ini entry mungkin sedikit sebanyak berguna buat you all yg plan nak bersalin di Hospital Serdang(HS)
Dimana saja pasti ada lebih atau kurang ,kekuatan atau kelemahan...kekadang puncanya ialah datangnya daripada faktor manusia..sebelum aku bercerita sedikit sebanyak pengalaman yg aku lalui bersama dgn org rumah aku bersalin di Hospital serdang..aku meminta maaf kepada sesetengah pihak yg berkenaan yg tahu atau sedar akan perihal sikap kerja sendiri.
Semua kita tak punya pengalaman yg sama di lalui...tapi ini yg aku dan isteri lalui...bukanlah besar masalahnya tapi rasa nak .....@3#@3455555&6*....ikutkan hati lah...
Kekadang masalah yg kecik ni la kalau tak di uruskan dgn baik pasti lebih besar jadinya...
Plan kami bersalin anak ke 2, isteri merancang bersalin di Hospital Sg Buloh jgak..tapi disebabkan keadaan kecemasan pada ketika itu..kebetulan yg berhampiran ialah Hospital Serdang (HS) jadi kami pun kesini.
Disini kaunter Jbtn O&G dewan bersalin HS aku sampai dalam pukul 1.45am 31-Aug-2014
Terus daftar untuk masuk wad bersalin.Penjawat awan wanita bertudung entah dah berumahtangga ke belum tak pasti aku..mukanya mmg agak nampak datang bulan je...!!..Maaf ye! bahasa aku.!di atas satu sebab kekurangan aku dan isteri tidak membawa kad nikahkahwin...bukan tak bawa mmg sentiasa dalam beg duit masing2 pun...tetapi tak lama dahulu ada kes pecah kereta berlaku kepada kami...lupakan cerita itu..lupakan pasal kad nikah...bnyak lagi informasi pasangan yg adakan..?anak sulong pun bersalin di hospital kerajaan...Sg Buloh jadi maklumat dalam pangkalan data sudah ada yg aku tahu...tapi sibudak ni mahu2 nakkan kad nikah baru aku dapat menemani isteri di dalam bilik bersalin.....Ini semua POYO je....disebabkan pompuan yg konon bertugas dgn SOP piawaian SIRIM itu aku hampir hampir tidak menemani isteri aku sewaktu bersalin..sedangkan misi kat dalam tak ada masalah pun....jadi pada pendapat aku kalau berkerja nak mengikut SOP biar betul2....bukan ikut mood dtg bulan..padahal aku rasa tidak ada kesalahan besar pada kad kahwin kerana semua maklumat dan informasi aku dan isteri sudah lengkap terutama pada buku merah ibu...disini kalau aku bandingkan pengalaman aku di sini(HS)dgn Hospital Sungai Buloh....disana lebih bagus dari karenah Birokrasi manusia yg bertugas.aku bagi 5 bintang buat HSB.terima kasih HSB....
Dan semasa kemasukan ke Dewan Bersalin satu karenah yg aku rasa pada hari yg sewaktu dgn isteri aku pada ibu-ibu lain aku rasa menghadapi satu situasi yg sama sedikit sebanyak...ada satu jururawat berbangsa India dgn sibuknya kerja dia ialah reject ibu-ibu ke hospital lain...alasan yang berbagai katil penuh dan sebagainya..ada yg terpksa ke Kajang ada yg ke HKL..termasuk isteri aku di kehendaki transfer ke hospital lain...berlandaskan 2 3 faktor dan tertentu akhirnya masalah ini DONE...still aku dan isteri di HS jugak,
Apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih yg tak terhingga buat jururawat jururawat dan doktor yg bertugas di dlm bilik bersalin (HS).kerana akhirnya isteri selamat bersalin anak ke 2 dgn selamatnya..Alhamdullullah-Syukur.
Dan terima kasih kepada Persatuan anak merdeka yg menyumbang barangan baby dan kakitangan di dalam wad bersalin yg memberikan kemesraan perilaku kepada kami.
Ada lagi...selepas selesai dan hantar ke wad pulak satu masalah kecik yg berlaku ....Wad 5E .kelas 3 untuk keluarga yg berpendapatan rendah macam aku disini lah ,tak berkemampuan nak ketempat yg agak mewah......semua ok sewaktu rawatan dan discharge ...tapi yg marahnye jururawat kat Wad 5E ni satu dua org yg handle kes org rumah aku....Maaf ., buat kerja sambil lewa dgn laporan yg tak lengkap...buku anak ada maklumat yg tak di isi...ini di ketahui selepas aku ke klinik tempat checkup ibu untuk memaklumkan kelahiran....ada mklumat bby yg tak lengkap,.dah kena refer HS semula...
Untuk buat Mykid dan sijil kelahiran pulak....kata nya ini...ini saje yg diperlukan utk ke JPN agak berbeza dgn apa yg dulu HSB berikan informasi...jadi bila aku ke JPN org sana plk kata ini ini prlu....dah aku siapkan apa yg diperlukan , JPN hnya kurang 25min siap semuanya...Terima Kasih JPN Puchong.
disini bukanya aku nak komplen ape....maklumat jika betul segala urusan pasti menjadi lebih Mudah....
dan kepada pelatih pelatih jururawat atau kedoktoran etika harus dijaga dan ingat mnjadi jururawat atau doktor adalah satu perkerjaan yg amat mulia..kerana ia sejenis perkerjaan membantu manusia...jgn jadi kan kerjaya anda semata-mata duit....jika itu bnyak kot kerja lain boleh buat...jika anda penjawat Awam tahu yg membayar gaji anda ialah RAKYAT...fikir-fikirkan.
Tak besar masalah pun ,tapi BIROKRASI akan menyulitkan keadaan.
Akhirnya semuanya selesai juga....Alhamdulillah...syukur di permudahkan jua segala urusan.Amin