Gambar sekadar hiasan
BANDARAYA MELAKA - Seorang bapa, 26, mengambil peluang ketiadaan
isterinya yang pulang ke kampung untuk berpantang dengan membawa balik
kekasih ke rumah di Taman Melaka Raya, di sini, bertujuan untuk
melampiaskan nafsunya.
Bagaimanapun, nikmat yang dikecap akhirnya mendatangkan bahana selepas wanita terbabit kini hamil lima bulan.
Rahsia hamil luar nikah jurujual berusia 24 tahun itu terbongkar
selepas keluarganya menyedari perubahan fizikalnya sehingga memaksanya
memberitahu siapa punya angkara.
Difahamkan, ahli keluarga wanita terbabit berjaya mengesan lelaki berkenaan yang kemudian bersetuju untuk bernikah.
Bagaimanapun lelaki itu tidak melaksanakan janjinya sehingga memaksa
keluarga wanita terbabit merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Agama
Islam Melaka (Jaim).
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berikutan
laporan itu, pasangan terbabit ditahan jam 11 malam kelmarin di Balai
Polis Taman Malim Jaya.
Katanya, mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan mendapati pasangan
berkenaan sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu dan terus
menjalin hubungan biarpun mengetahui lelaki terbabit sudah
berumahtangga.
“Wanita terbabit sering datang ke rumah lelaki itu selepas isterinya
pulang ke kampung dan mereka melakukan perbuatan terkutuk sehinggalah
hamil.
Lelaki terbabit memang mengambil peluang melakukan perbuatan haram itu
ketika isterinya tiada di rumah dan melakukannya beberapa kali,”
katanya, di sini, semalam.
RKatanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 55, Enakmen
Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersubahat persetubuhan
haram.
“Manakala wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana hamil luar nikah.
“Sabit kesalahan bagi kedua-dua mereka boleh didenda sebanyak RM3,000
atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.
sumber
SH Isteri berpantang, suami buat angkara
Artikel Sinar Harian
24 September 2013
Ini aku terbaca semasa sambil jari jemari dok mencari info2 yg aku ingin.....macamana nak cakap mmg ramai
lelaki yg dah bergelar suami kat luar sana berperangai macamni...????
Antara soalan akan terdenga
r kat telinga aku atau korang selepas isteri kita bersalin; Siapa menjaga
masa berpantang nanti? berpantang di mana? DAN jawapan yang
selalu kita jawab paling pantas dalam kepala otak kita yg tersedia dalam rancangan adalah; berpantang di kampung/rumah, mak atau
mak mentua yang jaga. Alasannya? Tiada orang yang menjaga isteri ketika
berpantang kerana tanggungjawab kerja kita si suami. Sungguhpun begitu, kita para suami
haruslah seboleh mungkin mencuba untuk berada di sisi isteri saat tidak
bekerja. Ketahuilah bahawa, emosi isteri yang sedang berpantang agak
kurang stabil akibat beberapa perubahan pada diri dan sekelilingnya,penat melahirkan anak...cubalah para suami jangan mengelak untuk berada di dalam dewan bersalin lihat dan sambut sendiri kelahiran cahayamata kita...tengok dgn mata sendiri apa yg tiada pada kita si suami...Melahirkan anak...kita boleh buat anak saja!jika rezeki Allah beri..
aku pun suami...bukanlah nak cakap suami yg terbaik dan baik sangat dan setiap detik belajar untuk menjadi lebih baik.dan bukan nak jadi ustaz segera disini!!!tetapi ini aku cara aku begini...jadi cuba bagi pendapat aku...tetapi aku hairan hati dan perasaan sesetengah suami ....mudah ke pada korang (suami) bini berpantang makan,minum,pakai mak bapak belah kita suami atau belah bini kita yg jagakan 100%??....so kita suami free banyak la masa ye ?...so dapat lah korang berpoya-poya bujang seminit dua di luar..????pelik..!Aku rasa tak cukup masa nak semua tu...padat jadual harian..bukan bercerita soal ke imanan...kuat ugama atau apa...tetapi jadual sebagai laki orang yg isteri masih berpantang mmg padat! aku ni tak berkerja dgn masa org so masa aku sendiri boss...jadi anak pertama ke hulu hilir mmg aku yg mnjaga,40% mak mertua yg menguruskan isteri berpantang...kerana berpantang di rumahnya..maklum saja baby kecil perlu pemantauan rapi siang malam..kekadang malam aku agak lewat sampai ke rumah...tetapi aku happy dapat masak untuk anak dan isteri makan...Ofcoz air tangan suami...bini aku mmg suka kalo aku yg masak hehhehe...sbb aku pandai sikit darinya bab masak ni.
Bukanlah semua suami bersikap sebegitu ...Malah lebih ramai suami zaman sekarang spoting lah...contoh bila ke klinik untuk checkup anak atau apa2 urusan para suami ok je...bawa anak ,tukar pampers dan sebagainya...biasa saja melakukan .....
Apapun yg penting siapa jaga isteri berpantang dimana...semua atas setuju bersama apapun kita suami..lebihkan masa isteri dan anak-anak..Dan para suami sabarlah seketika keadaan cuma sementara,Pro dan Kontra sesama suami isteri,isteri tetap isteri jika kita suami tak buat perangai.tak kemana..kesabaran itu diperlukan.InsyaAllah
Puaskan suami ketika berpantang itu hak suami/isteri -anda yg tahu bagaimana....Bye..!