MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah semakin hampir ke hujung tahun 2014. Ia menandakan umur kita kian berganjak dan semakin tua.apa ada pada nombor??? sesetengah berpendapat..!
Alhamdulillah...Syukur aku baru di beri kenaik kan pangkat lagi..2 calit sudah...2 orang anak...baru saja mendapat putera sulong anak ke 2 ...so sepasang dalam hidup aku sekeluarga...
Anak bertambah TanggungJawab bertambah umur pun bertambah pendek kata semua bertambah lah...
Dah bulan September pejam celik pejam celik dah tahun baru pulak
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru ko?”tak terlepas aku pun macam tu...!
foto kredit Kellazule |
Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.
Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.
Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.MaalHijrah jadi cuti umum saja kat Malaysia ...tak pernah majoriti kita sedar kepentingannya ...aku la..!
Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.
Ramai dari kita dan aku sendiri yang gagal mencapai azam kerana kita tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.Azam tinggal Azam
Ada juga sestengah orang yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.berbagai-bagai azam
Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun kita.
Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk aku dan korang merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa kan..? sepatutnya lah.
Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.
Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.
Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini dari sumber yang aku perolehi sumber yang sah
Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya aku dan koranga menjadi lebih yakin dengan diri kita sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri kita.
Mana mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri kita sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang kita seorang yang cakap tidak serupa bikin.aku ni nampak macam pandai bercakap.... Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.
Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.Ini yang aku praktiskan.
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita akan dapat berubah seperti apa yang kita inginkan. Walaupun perlahan, kita akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri kita..InsyaAllah
Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama kita bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.aku alami sendiri keadaan ini.
Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang kita ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.
Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.kita perlu memaksa diri kita untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa, kita seolah-olah memanjakan diri kita untuk tidak berubah
Nafsu kita juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu kita dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.
Apabila kita berjaya melakukan perubahan dalam diri maka kita perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, kita hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.
Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang korang lakukan. kita perlu sentiasa melakukannya.
Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.rasa aku jahanam....sebab kita berubah untuk orang bukan diri sendiri ...
Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.
Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.
Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.
Semoga aku sendiri dapat melakukan perubahan ini.....InsyaAllah...Amin.