Alor Gajah:(Melaka) Beberapa penduduk terkejut apabila jasad
dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan
puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak
di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.
Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan
tanah perkuburan yang diwartakan itu.
lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan
dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.
TAPI-korang perasan tak gambar ni...tengok betul2 jasad tu agak terapung? Ni EDIT ka APA??
“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.