Bolehkah tidur bogel?
Sebab perlu tidur Bogel??
Dengan peningkatan kos hidup, boleh jimat bil elektrik bulan ini kalau
amalkan tidur dalam keadaan tanpa pakaian. Yalah, tidak perlu memasang
pendingin hawa atau kipas.
Menurut sebuah kajian terbaru, tidur dalam keadaan bogel bukan sahaja
menjimatkan bil elektrik anda, malah 10 peratus daripada warga Amerika
sendiri amalkan tidur dalam keadaan bogel kerana manfaat kesihatan berikut:
Elakkan jangkitan yeast
Menurut Jennifer Landa, penulis buku The Sex Drive Solution for Women,
tidur dalam keadaan bogel baik untuk bahagian sulit anda. Bahagian sulit mudah
dijangkiti bakteria dan jangkitan yeast dalam keadaan hangat,
jadi cara terbaik untuk elakkan perkara tersebut adalah denga
n biarkan bahagian sulit ‘berangin.’
Tidur lebih lena
Suhu badan cenderung untuk menurun semasa anda tidur jadi apabila
terlalu panas dengan selimut dan baju tidur boleh mengganggu tidur anda.
Menurut pakar, tidur dalam keadaan bogel bantu suhu badan anda kekal sejuk.
Anda bertambah seksi
Ya, anda boleh jadi sebiji macam Megan Fox hanya dengan tidur berbogel!
Gurau sahaja. Tetapi anda boleh rasa macam diri anda Megan.
Tidur bogel sahaja dah boleh menjadikan seseorang seksi.
Namun bukan itu sahaja.Menurut pakar, apabila suhu badan turun,
terdapat hormone yang dibebaskan dan membuatkan kulit dan rambut
anda kelihatan cantik. Patutlah ada yang bangun pagi dengan muka berseri.
Ini juga menjadi alasan mengapa di beberapa kawasan di Indonesia,
lelaki akan memilih bakal isteri berdasarkan wajah beliau ketika bangun tidur.
Kecantikan semulajadi katakan.
Tak buncit lagi!
Sebelum ini kita sebut bahawa tidur tanpa pakaian bantu tidur
lebih lena lalu menurunkan hormone stress iaitu cortisol.
Apabila hormone stress anda meningkat, terutamanya apabila tidur anda terganggu,
anda akan bangun esok pagi terus mengidam nak makan nasi beringin!
Mana tak buncit macam ini!
Hubungan intim lebih baik
Tetapi ingat, sebelum cuba tidur tanpa pakaian pastikan pintu bilik dikunci!
Dan pastikan robe disediakan berhampiran, mana tau ada kecemasan tengah malam,
takkan nak lari keluar rumah tanpa pakaian?
Itu dari sudut Kajian dan analisa barat serta Saintis....kita tanya Ustaz bolehkah tidur bogel??