masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di bandar ini tidak berakhir
seperti diharapkan apabila pasangan itu ditemui cedera parah sebelum meninggal dunia,
awal pagi semalam.
Pensyarah berusia 58 tahun dan isterinya berusia 49 tahun itu
dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 11.30 malam
sebelum seorang pekerja hotel terdengar jeritan mangsa lalu bergegas
ke bilik berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata,
sebaik menghampiri bilik itu, pekerja berkenaan melihat lelaki terbabit
duduk di atas badan isterinya sambil menikam kepala wanita berkenaan bertubi-tubi.
kepada penyelianya sebelum mereka menghubungi polis,”
katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, polis yang tiba kira-kira 10 minit kemudian menemui
suspek sedang duduk di atas katil, manakala mayat seorang
wanita terbaring di atas lantai.
BERNAMA difahamkan, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan
yang juga suami wanita itu, bagaikan dirasuk kerana bertindak kejam
menikam kepala isterinya bertubi-tubi sebelum mengelar leher
pasangannya itu hingga hampir putus.
Lelaki terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri sebelum
dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan
ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Mohamad Shukor berkata, mangsa cuba diselamatkan dan dikejarkan
ke HTAR, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan
akibat luka parah di lehernya yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.
“Difahamkan, pasangan berkenaan mendaftar masuk kira-kira jam 11.30 malam kelmarin,
dan dipercayai datang bersama-sama dengan menaiki Toyota Vios milik suspek.
“Hasil pemeriksaan polis menemui sebilah pisau dan sebatang tukul besi
dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat pasangan berkenaan dibedah siasat di HTAR
dan pihaknya masih menyiasat kemungkinan kejadian disebabkan
tindakan mangsa wanita memfailkan perceraian di mahkamah baru-baru ini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh dan kita jangka kes ini boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.-BERNAMA