Selera jijik suami
daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa
deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks
dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu,
si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa
yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja
terbabit yang juga sepupu lelaki itu.
“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,”
katanya ketika ditemui BERNAMA, di sini, semalam.
Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada
hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja
terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
-KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks
dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang
dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Muka depan Akhbar Bernama dan web Bernama hari ini melaporkan
seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya
yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan
seorang remaja berusia 15 tahun.
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit
merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.
Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah
di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan
dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar.
FOTO Hafizudin Mohd Safar
Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa
dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan
di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan
dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala
sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin
dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala
pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.