Patut seminggu kebelakangan ini ada saja pekara
yang tidak kena dalam rumahtangga aku..
Rupa-rupanya orang rumah aku hamil lagi untuk yang ke 2,aku sendiri seperti yg sebelum ini ada jugak merasa kesannya..badan lemau semacam..perut menggah je...nak melekat kat bantal mcm org rumah aku jgak.
Alhamdulillah syukur walau apapun masih baru lagi kurang 2
minggu dari sekarang aku akan update yg pastinya InsyaALLAH
isteri mengalami perubahan emosi dan fizikal asyik panas je...
malas tak ingat punyeeeee..aduh...!!
Sudah tentu ketika ini perasaan sudah tidak sama seperti sebelum HAMIL
Dia pulak diamkan saja aku tak menyangka akan hal ini.tak pulak ckp pasal
aturan haid nye...biasa la aku ingat mungkin kelewatan tarikh...
|
Pergi Pharmacy dapatkan pregnancy test |
|
tak jelas...ha mmg positif 2 lines |
Pada mulanya aku tidak sensitif langsung dengan situasi isteri
yang sedang
menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang barlaku dalam badannya.,,
patut nampak malas je...nak tido je....tak nak apepun..
Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar AYAH,yg bakal
di naikkan pangkat la kiranya menjadi seorang ayah akan merasa sedikit panik dengan
perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat
sekurang-kurangnya ia dapat membantu dan aku cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman
yang sebelum ini yg aku harungi untuk menjadi seorang yg bergelar Ayah.........
Berikut ini antara senarai yang boleh dilakukan oleh suami
untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil-cuba la korang praktiskan
1. Luangkan masa bersama isteri
Kadang kala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup
menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena.
Bulan-bulan pertama
kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu.
Dengan
sentiasa berada di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang
ditanggung.
2. Penuhi keinginan isteri
Kita sedia maklum, Isteri di awal kehamilan biasanya mengidam
makan
bermacam-macam makanan. Kita Suami janganlah menempelak keinginan
isteri
sebaiknya cuba la penuhi keinginan tersebut.Lambat atau cepat cuba la
dapatkan apa yg di idamkan Pastikan juga isteri
menjamah makanan yang berkhasiat.
3. Kena Faham situasi isteri
Isteri hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar.ini
kita sebagai suami mmg jauh sekali TAKKAN dapat merasa bagaimana
siksanya isteri melaluinya
Justeru
pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa.
Jika keluar
bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut.
Janganlah
memarahi isteri kerana berjalan perlahan
sebaliknya suami perlu mengikut
rentak isteri yang berjalan perlahan.
4. Ringan tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah.
Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak
bersepah,
terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri
mengapa tidak mengemasnya.
Timbangrasa rasa la kita suaminya.
5. Belajar perubahan isteri
Ini sebagai suami kena sangat2 faham isteri hamil akan mengalami
perubahan emosi yang sukar dijangka.
Marah,
merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang
kehamilan.
Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.
6. Siapkan hidangan makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh
isteri,
apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung,
suami pula
yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’
dengan ketidakselesaan itu.
7. Bantu jaga anak lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian
kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang
teruk.
Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani kerenah anak.
Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.
8. Bawa isteri bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar.
Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa
tidak selesa yang sedang dialami.
9. Jangan berkira
Kadang kala ada isteri yang mengandung suka
dimanjakan oleh suami.
Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon
yang mendorong perasan
tersebut. Apa salahnya suami melayan kerenah isteri
yang sedang hamilkan
zuriat anda. Misalnya buatkan isteri segelas susu sebelum tidur,
suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan.
Tentu
kasih sayang kita suami isteri semakin erat.-AMIN